Wednesday, March 4, 2009

REJIM BUKAN DEMOKRASI

PENGENALAN

Non-democracy has been the prevalent form of political organization throughout history. Despite the advancement of democracy during the last two centuries, the majority of the world’s population still lives under various sorts of dictatorial and autocratic regimes. Why is non-democracy so persistent? The coercive power of the state applied from the top down is not sufficient to explain decades of peaceful existence of a non-democratic regime. Another source of stability – support from the bottom up by the potential entrants to the ruling elite – is the focus of this study.[1]Mengikut kamus Oxford edisi ke- 4, totalitarian bermaksud sistem berpemerintahan satu parti politik sahaja manakala authoritarian pula bermaksud kuku besi; ketaatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.[2] Kerajaan yang digelar autokratik- totalitarian adalah dua jenis sistem pemerintahan yang agak serupa. Boleh dikatakan bahawa kerajaan totalitarian adalah satu jenis authoritarianisme yang ekstrim. Kalau mengikut tipologi Aristotle, kerajaan authoritarian dan totalitarian adalah jenis ” kerajaan oleh sedikit”. Sesetengah sarjana, Gaetono Mosca umpamanya, menekankan bahawa semua kerajaan di dunia dan dalam sejarah manusia adalah sememangnya ”oleh sedikit” iaitu pemerintahan dijalankan oleh segolongan kecil elit, satu oligarki yang memonopoli kuasa. Dalam pengertian seperti ini, kita menggelar pemerintahan raja mutlak, aristokrasi, plutokrasi, ketenteraan atau sistem satu parti sebagai authoritarian.[3]

Authoritarian/ autocracy

Autokrasi sudah lama bertapak dalam permainan politik dan ia terkenal dengan imej dan amalannya yang tersendiri. Sejumlah besar corak pemerintahan dalam dunia ini pernah mengamalkan corak pemerintahan autokrasi atau memasukkan unsurnya dalam menegakkan negara dan memimpin rakyatnya. Konsep autokrasi memang samar- samar dalam hubungan menjaga kepentingan dan kemajuan rakyat amnya dan negara khususnya. Kerap kali, dalam perbahasan tentang corak autokrasi, tidak diketahui yang mana lebih diutamakan sama ada kepentingan rakyat atau kepentingan golongan pemerintah.[4]

Faktor- faktor yang membawa kepada Authoritarian

  1. Penyatuan wilayah

Pemimpin kadang- kala menggunakan kuasa lebih untuk penyatuan negara. Maka kuasa pemerintah tinggi.

  1. kemunculan negara baru (new state)

Penubuhan negara baru berada dalam situasi yang lemah di mana pemimpin terpaksa menyatupadukan, menguatkan negara bangsa. Ini membawa kepada penyalahguanaan kuasa dan pemimpin menggunakan kuasa yang lebih dan mutlak.

  1. Budaya politik (culture politic)

Sistem politik tertentu tidak mempunyai pembahagian kuasa dan check and balance. Dalam keadaan ini, pihak tertentu menggunakan kuasa dengan lebih. Authoritarian wujud kerana adanya pemimpin yng menganggap perlunya pemodenan negara. Justeru, kerajaan perlu mempunyai kuasa yang lebih.[5]

Ciri- ciri authoritarian.

  1. Terdapat had-had penting ke atas persaingan politik, walaupun mungkin wujud parti politik yang berbagai. Di kawasan authoritarian,tiada kebebasan politik yang ketara. Ada yang jadi authoritarian kerana pemimpin yang gila kuasa. Bilangan parti politik adalah kurang serta rakyat tidak bebas berpolitik. Di kebanyakan negara autoritarian seperti Jerman semasa pemerintahan Hitler(1933- 1945), terdapat satu parti tunggal yang memerintah, iaitu parti nazi.
  2. Terdapat satu ideologi yang jelas dan tersusun, walaupun rejim- rejim autokratik selalunya menekankan kepada nasionalisme. Di negara- negara komunis, lazimnya pemerintah menubuhkan satu pasukan khas untuk menolong golongan pemerintah dalam menguruskan pentadbiran negara. Golongan pemerintah dan pasukan khas ini bekerjasama dengan menggunakan satu ideologi untuk mempengaruhi rakyat supaya arahan atau perintah yang dikeluarkan dituruti tanpa bantahan. Tindakan yang diambil demi mencapai matlamat yang menyeluruh termasuk politik, sosial dan ekonomi.
  3. Terdapat penggunaan kekerasan dan ugutan dalam mendapatkan kepatuhan. Rakyat tidak dibenerkan bersuara dan mengeluarkan pendapat mereka. Mereka dikehendaki menurut segala arahan tanpa bantahan dan sesiapa yang menentang akan dikenakan hukuman. Dalam apa jua kontroversi tentera digunakan bagi mengamankan negara.
  4. Kebebasan- kebebasan awam tidak dipentingkan, kebebasan kehakiman adalah terhad dan media massa dikawal rapi oleh kerajaan. Masyarakat rasa tidak begitu bebas. Tidak ada reformasi. Tidak banyak perubahan. Pemerintah mengadakan kawalan yang ketat ke atas media massa seperti radio, televisyen dan akhbar. Ini boleh dilihat semasa pemerintahan Hitler di Jerman dan Mussolini di Italy. Setiap berita yang di keluarkan kepada rakyat diawasi dan segala berita yang berbentuk penentangan akan ditapis. Asas- asas kuasa dan pemerintahan adalah tidak jelas; selalunya kuasa terletak ditangan seorang elit politik tradisional atau seorang elit moden yang baru timbul, selalunya tentera ataupun yang jelas didokong oleh tentera.
  5. Kebanyakan atau ia lebih kepada negara yang membangun atau yang tidak membangun. Peranan tentera authoritarian adalah lebih seperti sosialis, mempunyai kuasa yang tinggi, juga disokong oleh tentera sepertimana yang kita boleh lihat di Pakistan di bawah kepimpinan jeneral Musharaff.
  6. Negara autoritarian mempunyai sistem pemerintahan yang bercorak mutlak dan menyeluruh atau totalitarian seperti yang pernah diamalkan oleh Benito Mussolini, Adolf Hitler dan Josef Stalin. Sistem pemerintahan ini bertujuan membangunkan semula masyarakat yang masih mundur dengan cara mengehadkan dan mengawal kebebasan rakyat. Di samping itu, pelbagai peraturan diperkenalkan supaya rakyat sentiasa tertakluk kepada arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan. Namun, autoritarian juga dipercayai mempunyai sifat- sifat yang menggalakkan pembentukan dasar- dasar untuk membangunkan negara dan menjadikan pentadbiran negara yang lebih cekap.[6]

Jenis dan corak pemerintahan authoritarian

Terdapat 2 jenis: i) pemerintahan beraja atau monarki mutlak

ii) totalitarian

i) Pemerintahan beraja atau monarki mutlak

Konsep ini membawa maksud negara dan pemerintahan di bawah seorang raja. Jawatan tersebut diwarisi seumur hidup. Kuasa untuk mentadbiradalah mutlak. Pada umumya, tiada masalh dalam hak mewarisi jawatan kerana sanak- saudara yang rapat akan menjadi raja baru apabila ada kekosongan akibat kematian atau bersara. Ini adalah sistem pemerintahan yang paling awal diwujudkan.

Sistem ini melambangkan kemegahan seseorang sebagai ketua negara dan mewakili setiap rakyat dan alat yang mempunyai kuasa yang tertinggi. Istilah monarki digunakan untuk menerangkan corak pemerintahan oleh seorang pemerintah sahaja. Kuasa mereka menyeluruh dan melibatkan semua lapangan kehidupan manusia (ekonomi, politik, kehakiman, malah bertidak sebagai ketua agama).

Terdapat tiga corak atau jenis pemerintahan beraja mutlak, iaitu:

Monarki zaman silam

Monarki mutlak

Monarki yang bersifat agama

Berpengaruh dan taat setia oleh rakyat kerana dipercayai mempunyai sifat ketuhanan

Bersifat mutlak. Bergantung pada penggunaan kuasa dan paksaan untuk menjayakan pemerintahan

Berpengaruh kerana pemegang jawatan raja disahkan kedudukannya oleh badan agama seperi agama hindu, buddha, kristian dan islam

Dianggap sebagai penjelmaan tuhan dibumi. Berfungsi sebagai pemerintah utama negara dan mengetuai semua jawatan pemerintahan serta bertindak sebagai ketua tentera dan mengetuai semasa peperangan.

Dikatakan mempunyai ciri- ciri ketuhanan serta memainkan peranan pemerintahan sebagai pendeta agama dan hakim. Yang membezakannya dengan monarki zaman silam ialah penggunaan kuasa paksaan untuk memerintah. Corak pemerintahan ini wujud apabila seorang pahlawan atau orang besar mengambil alih pemerintahan negara dengan mengalahkan pemerintahan raja yang sedia ada. Oleh sebab ia tidak mempunyai legitimasi atau pengiktirafan rakyat, ia akan mengumumkan dirinya sebagai orang yang diberi mandat untuk memerintah dari tuhan. Raja baru ini sering menggunakan kekerasan untuk menghapuskan saki baki kerabat lama dan penyokong setia raja lama. Aristotle, falsafah politik yunani, menyifatkan cara pemerintahan ini sebagai yang paling tidak stabil kerana raja hanya bergantung pada kuasa kuku besi bagi menjayakan pemerintahan dan taat setia terhadapnya.

Nilai- nilai kesucian yang terkandung dalam kitab suci dijadikan asas dalam pentadbiran. Raja pembela serta penaung agama.

Walau bagaimanapun, corak pemerintahan raja mutlak dipercayai disebabkan oleh beberapa kelebihan, iaitu; (a) corak pemerintahan ini didapati mudah untuk diuruskan, terutama di negara yang sedang mengalami perubahan dan pembangunan. Ia boleh mendisplinkan rakyat dan memaksa mereka mematuhi arahan kerajaan, (b) raja mutlak memainkan peranan menyatupadukan negara dan menjadikan ia kuat untuk menghadapi sebarang ancaman dari luar, (c) raja yang berjiwa moden juga boleh mendatangkan perubahan serta pemodenan kepada negara, misalnya peranan raja Meiji di Jepun, raja Mongkut dan Chulalongkorn di Thai, (d) raja mutlak mempunyai kebijaksanaan dan pengalaman untuk memimpin negara dengan baik, (e) dasar- dasar yang diperkenalkan teratur dan seragam, dan tidak mengalami perubahan yang besar dan (f) ia dapat menjaminkan keselamatan rakyat dan mengelakkan mereka daripada ditindas oleh golongan tertentu.

Namun, corak pemerintahan raja mutlak nyata sekali mempunyai beberapa kelemahan, iaitu; (a) jika negara diperintah oleh raja yang tidak cekap, menyebabkan negara mudah ditakluki oleh orang asing, (b) oloeh sebab pemerintah mempunyai kuasa mutlak, ia mudah bertukar menjadi pemerintahan yang zalim keran tiada pihak yang dipertanggungjawabkan, (c) corak pemerintahan ini menambahkan jurang perbezaan antara golongan miskin dengan kaya, (d) raja mutlak tidak mengambil tahu tentang kebajikan rakyat dan rakyat tidak mempunyai peluang untuk menyuarakan kehendak mereka, dan (e) corak pemerintah raja mutlak nyata sekali ketinggalan zaman dan tidak sesuai untuk menangani masalah yang dihadapi pada zaman moden ini.

Namun, masih terdapat beberapa buah negara sahaja yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak, misalnya Arab Saudi, Magribi dan Brunei Darussalam. Kebanyakan negara lain telah melaksanakan pemerintahan raja berpelembagaan (kuasa mereka tidak lagi mutlak dan kerapkali bercorak simbolik sahaja). Mereka dikehendaki tunduk kepada syarat perlembagaan yang mengiktiraf mereka sebagai raja hanya pada nama sahaja, pemerintahan negara dijalankan oleh pemimpin yang dilantik oleh rakyat. Rakyat tidak dapat memilih orang yang dia suka untuk menjalankan pemerintahan, malah terpaksa menerima sesiapa sahaja yang dilantik rakyat untuk menubuhkan kerajaan.[7]

ii) Totalitarian

Totalitarian merupakan salah satu daripada rejim atau corak pemerintahan mutlak atau autolitarian. Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan bercorak Totalitarian sebuah negara yang kekuasaan kerajaan keseluruhannya dan tuntutan mutlak bidang kuasa meliputi keseluruhan kehidupan manusia. Tiada bahagian dalam kehidupan manusia keluar dari pengawasan dan kawalan negara.[8]Pemerintahan jenis ini muncul pada awal abad ke-20 di Itali, Jerman dan Russia. Benito Mussolini, yang memerintah Itali pada tahun 1925, dikatakan mengasaskan corak pemerintahan ini berdasarkan empayar Rome zaman silam. Pada masa berlaku krisis atau perpecahan di kalangan rakyat, kerajaan rome biasanya memilih seorang pemerintah untuk mententeramkan keadaan serta mengambil alih tugas- tugas pemerintah. Beliau mengatakan, “everything for the state: nothing outside the state: nothing against the state”. Kenyataan ini menunjukkan bahawa tidak boleh ada sebarang penentangan terhadap cara pemerintahan beliau kerana semua yang diamalkan adalah untuk kepentingan negara. Cara pemerintahan ini kemudiannya diguna pakai oleh Adolf Hitler yang juga mempunyai keinginan untuk menjadikan Jerman sebagai negara yang terkenal di dunia.[9]Corak pemerintahan totalitarian dapat dibahagikan kepada dua fahaman iaitu; fahaman komunis dan fahaman fasis. Sistem komunis dan fasis ini merupakan suatu bentuk kerajaan yang muncul disebabkan oleh krisis kerajaan. Namun, dikatakan bahawa kedua- dua corak pemerintahan ini berubah secara beransur- ansur mengikut keperluan negara dan masyarakat. Kemunculan pemerintahan bercorak totalitarian pula disebabkan oleh kegagalan pelaksanaan sistem demokrasi. Misalnya, di Italy pergerakan fasisme wujud kerana kegagalan corak pemerintahan demokasi liberal menangani masalah sosial dan politik. Keadaan yang sama juga berlaku di Jerman dan kemunculan corak pemerintahan totaliter juga dipengaruhi oleh personaliti Hitler. Di kedua- dua buah negara, kelemahan perkembangan budaya politik Jerman, perasaan mereka dikhianati oleh negara jiran dan ancaman daripada pertubuhan fahaman komunis sedikit sebanyak memainkan peranan kemunculannya.[10]

Ciri- ciri totalitarian

Kerajaan totalitarian mempunyai enam ciri asas:

  1. Terdapat satu ideologi yang rasmi.
  2. Terdapat satu parti massa, yang selalunya di bawah seorang pemimpin agung.
  3. Kekerasan dan elemen ugutan / ketakutan(terror) digunakan untuk mendapatkan kepatuhan.
  4. Kerajaan mempunyai monopoli ke atas rangkaian komunikasi.
  5. Kerajaan mempunyai monopoli ke atas senjata.
  6. Terdapat panduan pusat ke atas ekonomi.[11]

Semua negara autoritarian yang mengamalkan amalan atau sifat totalitarian sebagai dasar pemerintahan mempunyai beberapa ciri, iaitu:

1. keuniversalan ideologi

Pemerintahan totalitarian mengutamakan dan menyanjung ideologi- ideologi kepentingan negara atau pemerintahan sendiri sebagai unsur yang bakal meliputi keseluruhan dunia. Ideologi tersebut bertujuan untuk membentuk semula masyarakat dunia sepertimana yang dibayangkan oleh penajanya. Ideologi ini mungkin melibatkan kaedah politik tertentu atau inginkan kemegahan satu- satu bangsa tertentu atau menganjurkan penyatuan golongan tertindas seperti golongan proteriat.

2. penyertaan yang dipaksa dalam lapangan politik

Ia dilakukan melalui organisasi- organisasi yang dianjurkan oleh pemerintah adalah nyata di bawah sistem totalitarian. Ini jelas sekali semaa melakukan pilihan raya. Bilangan orang yang terlibat dalam proses pengundian adalah 100%. Sebaliknya di bawah sistem demokrasi liberal, penyertaan dalam proses pilihan raya hanya antara 40- 80%. Nyata sekali di bawah di bawah sistem totalitarian, pengundian dan penyertaan dalam proses politik diwajibkan. Sesiapa saja yang enggan mengundi lazimnya dikenakan tindakan seolah- olah mereka telah melakukan pengkhianatan terhadap negara. Keadaan ini memadai untuk memaksa pengundi keluar beramai- ramai untuk membuang undi serta mengambil bahagian dalam semua proses politik yang ditetapkan.

3. tekanan terhadap pertubuhan- pertubuhan swasta

Semua pertubuhan dan kumpulan yang tidak selaras dengan tujuan rejim diharamkan atau disekat. Walaupun ini sering dikenakan hampir di semua negara tanpa mengira ideologi, namun di negara- negara totalitarian ini dijalankan secara menyeluruh dan ketat dalam semua keadaan tanpa mengira tentang keperluannya. Kejadian- kejadian penentangan di Russia, China Nazi Jerman kesemuanya menunjukkan kegiatan pembangkang yang kuat namun, mereka tidak berhasil kerana disekat kuat oleh pemerintah.

4. tindakan kekerasan

sistem ini sering menggunakan jentera- jentera pemerintahannya untuk menyekat kumpulan atau puak- puak yang bertentangan dengan kerajaan. Tambahan pula, tindakan kekerasan ini diamalkan secara meluas. Bagi seseorang pemimpin di negara- negara totalitarian, sifat kekerasan yang diamalkan dengan menggunakan tentera dan polis adalah wajar. Ini membuatkan rakyat taat. Dalam demokrasi perpelembagaan, kekerasan jarang digunakan, sama ada dalam masa aman atau peperangan. Hanya waktu tertentu sahaja kekerasan digunakan itupun sebagai satu langkah menjaminkan keselamatan dan kepentngan negara.

5. keadaan tidak tetap

terdapat dasar- dasar pemerintahan yang sering berubah- ubah, dan oleh yang demikianhaluan dasar tidak dapat dipastikan. Ini merupakan satu ciri yang biasa terdapat dalam negara totalitarian. Adolf Hitler, pemerintah Jerman, bertindak sebagai penggubal undang- undang negara dan ini dilakuakan sewenang- wenangnya. Beliau juga menukaran corak pemerintahannya secara mengejut dan kerap kali menukar pemimpin pentadbiran dan angkatan tenteranya. Dalam keadaan sedemikian, tidak tersapat peraturan tertentu yang membolehkan individu serta rakyat menjalankan kegiatannya. Tiada seorang pun yang dapat meramal masa depan sesebuah institusi atau seseorang pemimpin proletariat tertentu. Keadaan ini menimbulkan perasaan takut kepada pemerintah. Nyata sekali tiada seorang pun yang sanggup diperangkap oelh pemerintah, dan oleh sebab itu dasar- dasar yang dijalankan mempunyai kepincangan. Tambahan pula, mereka tidak boleh menarik diri dari sebarang penyertaan dalam proses politik kerana ia akan membuktikan bahawa mereka menentang dasar pemerintah.

6. matlamat tunggal

Mengejar sesuatu matlamat secara mutlak dan kejam juga merupakan satu ciri tersendiri bagi corak pemerintahan ini. Ia berbeza dari corak pemerintahan yang lain yang mana ia mempunyai matlamat yang banyak dan pelbagai rupa yang diamalkan sebagai dasar pemerintah. Sikap kelekaan terhadap tujuan menjadi kebiasaan dan jarang tindakan tegas diambil terhadap kumpulan yang bertentangan. Sebaliknya, di negara- negara totalitarian, matlamat yang nyata seperti satu bangsa pembangunanperindustrian serta-merta, kediktatoran golongan proletariat atau penguasaan satu- satu bangsa terhadap bangsa lain tentu saja diamalkan secara menyeluruh. Semua matlamat yang dianggap tidak penting diabaikan.[12]

Jenis dan corak totalitarian

Terdapat 2 jenis: i) komunisme marxism- leninism

ii) fasis dan nasional sosialis

i) komunisme marxism- leninism

Diperkenalkan oleh Karl Marx. Merupakan satu sistem yang memperjuangkan kebebasan golongan pekerja dan bawahan daripada ditindas golongan kapitalis. Walaupun pada asasnya memperjuangkan keadilan golongan yang tertindas, lama- kelamaan parti komunis dan pemimpinnya telah menganuti fahaman totalitarian yang bersifat mutlak dan zalim. Masyarakat komunis yang terbentuk dari fahaman ini bersifat monoistik, iaitu memiliki satu sifat yang sama. Lantaran itu, hak dan suara golongan minoriti tidak diambil kira. Kerajaan tidak dapat memenuhi tuntutan rakyat. Nilai- nilai kesempurnaan dan kesamaan penting untuk membentuk satu masyarakat yang ideal yang disebut komunis. Rakyat tidak boleh menentang fahaman ini kerana akan dianggap musuh negara. Hubungan antara pemerintah dan rakyat adalah secara terus tanpa pengantara. Segala usul atau dasar diwujudkan dari pandangan dan pemikiran parti komunis dan kerajaan untuk rakyat bukan dari rakyat itu sendiri.[13]

ii) fasis dan nasional sosialis

satu bentuk totalitarian yang muncul di Itali dan Jerman. Ia juga menaja masyarakat monoistik, tetapi berbeza sedikit. Mussolini anggap keseluruhan masyarakat sebagai nation- state bukan kaum yang dikelaskan melalui perbezaan kawasan geografi. Lebih merupakan satu kesatuan moral, politik dan ekonomi. Bagi Hitler, Jerman Volk(rakyat Jerman) merupakan satu masyarakat dengan aspek jasmani dan rohani dan kebangsaan yang berdasarkan pertalian darah. Pemimpin nazi dan fasis mengambil berat tentang rakyat. Di jerman, nilai yang tertinggi adalah semangat volksgiest.

Fasisme mengamalkan ideologi liberal, tetapi dasar- dasar ideologi itu tidak dilaksanakan sepenuhnya atas alasan kepentingan negara dan bangsa, dan beberapa hak asasi tersekat dan rakyat turut tertindas. Rejim fasisme bersikap agresif dalam politik, termasuk kegiatan membunuh pemimpin dalam parti sendiri mahupun parti lain dianggap bertentangan dengan perjuangan mereka tapi dilakukan untuk membawa pembaharuan dalam sistem pemerintahan selaras dengan perkembangan dunia.[14]

Persamaan sistem Kerajaan totalitarian dan kerajaan authoritarian

Kerajaan totalitarian dan kerajaan authoritarian mempunyai persamaan yang agak nampak. Namun, kerajaan totalitarian lebih kepada regim- regim komunis. Pemerintahan juga lebih diktator. Ia menggambarkan kuasa yang sangat besar. Kerajaan totalitarian seperti hitler mengamalkan keganasan. Kadang kala totalitarian bergerak dan bertindak mengikut kepentingan ideologi, manipulasi kuasa seperti fasisme dan komunisme.

Kedua- dua sistem pemerintahan ini menggunakan kuasa yang lebih atau ia lebih kepada penggunaan kuasa yang lebih. Ini menggambarkan pemimpin mempunyai kuasa mutlak, kuasa pemimpin tidak boleh dicabar dan dipertikaikan.[15]

Tambahan

Selain daripada ciri- ciri khusus kedua- dua sistem ini, terdapat beberapa ciri lagi yang boleh dipertimbangkan bagi kedua- dua jenis kerajaan ini:

Ø Tidak terdapat perbezaan yang jelas di antara bidang dan aktiviti awam (public) serta bidang dan aktiviti swasta (private). Persatuan- persatuan bukan kerajaan dakawal rapi oleh pemerintah, malah kerap kali mereka sebenarnya sebahagian daripada jentera pemerintah.

Ø Konsep pemisahan kuasa diterima dan kebebasan kehakiman tidak wujud, jika adapun ia terbatas.

Ø Perbezaan dapat dilihat daripada legitimasi(hak) rakyat.[16]

Kebaikan Sistem Autokrasi- Totalitarian

Dengan cara penguasaan sepenuhnya ke atas dasar ekonomi, pemerintah dapat meningkatkan lagi bidang ekonomi dan sosial yang tinggi. Oleh yang demikian, pemerintah dapat mengelakkan perubahan politik yang boleh mengancam keselamatan negara daripada sebarang ancaman. Jika ekonomi meningkat kehidupan rakyat akan bertambah baik, dan dengan cara inilah pemerintah mengambil hati rakyat dan rakyat tidak mungkin akan memberontak.

Sistem pentadbiran dan perlembagaan yang dibentuk mempunyai tujuan- tujuan tertentu untuk memastikan rakyat tidak melampaui batas yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Jadi dengan adanya peraturan- peraturan yang telah ditetapkan dalam sesuatu perlembagaan, pemerintah dapat menyekat rakyat daripada bertindak sesuka hati. Dengan itu, negara akan lebih selamat dan aman, dan dengan cara ini juga mereka dapat mengeluarkan sebarang perintah atau arahan tanpa sebarang sekatan daripada sesiapapun dan boleh berjalan dengan lancar. Ketegasan pemimpin yang memegang teraju pemerintahan merupakan satu jentera bagi membolehkan rakyat taat dan akur kepada segala perintahnya tanpa sebarang bantahan. Pemimpin yang tegas dapat membuat sebarang keputusan dengan jelas tanpa sebarang kesulitan.[17]

Keburukan Sistem Autokrasi- Totalitarian

Dalam pemerintahan negara- negara autokrasi terdapat banyak kelemahan. Walaupun dibeberapa buah negara sistem ini adalah sesuai. Mereka mengamalkan sistem ini demi kemajuan dan pembangunan negara. Mereka menganggap sistem ini selaras dengan kehendak pembangunan. Sistem pemerintahan sesebuah negara dengan negara lain tidak semestinya sama, kerana ia bergantung pada keadaan sesebuah masyarakat.

Sistem pemerintahan autokrasi boleh dikatakan sebagai satu contoh pemerintahan kejam. Corak pemerintahan diktator yang zalim dan mutlak juga mengakibatkan interaksi antara pemerintah dengan rakyat tegang dan kurang baik. Segala perintah yang dikeluarkan oleh pemerintah merupakan satu perintah yang mutlak dan mesti diikuti. Dengan cara ini, rakyat tidak mempunyai hak untuk bersuara dan mengkritik kerajaan. Sistem ini membuatkan merasakan diri mereka terkongkong, mereka Cuma boleh melakuakan sesuatu yang diperintah ke atas mereka sahaja. Dengan cara ini, pemerintah boleh dikatakan mengambil kesempatan di atas kepatuhan rakyat demi kepentingan pemerintah itu sendiri. Misalnya, smasa pemerintahan Stalin di Russia, rakyat menderita dan terkongkong kerana sikap pemerintah. Namun, beliau mendapati bahawa segala yang dilakukan adalah untuk kepentingan negara dan rakyat. Tetapi, hakikatnya rakyat merasakan mereka berada dalam zaman kegelapan.

Dasar- dasar yang dijalankan adalah secara paksaan dan mengikut budi bicara pemerintah. Oleh itu, seseorang pemerintah yang mengamalkan corak pemerintahan jenis ini mestilah orang yang berkemampuan menjadi pemimpin. Sifat ini perlu ada pada seseorang pemimpin, terutama ketika menghadapi saat- saat genting. Pemerintah mestilah berkebolehan mengatasi sebarang masalah yang timbul. Walau bagaimana berkesan sekalipun sesebuah corak pemeintahan itu, masalah tetap ada. Pemerintah mestilah seorang yang berwibawa bagi mempengaruhi rakyat dan memperkuatkan kedudukannya secara kekerasan dan menguasai media massa dan tentera. Contoh pemerintah seperti ini ialah Mussolini, Stalin dan Hitler. Dalam negara autokrasi terdapat banyak masalah berlaku seperti perebutan kuasa melalui revolusi dan rusuhan.

Ini semua timbul akibat perasaan tidak puas hati dan ketegangan antara rakyat dengan pemerintah yang membatasi segala tindak- tanduk.[18]

Negara yang masih mengamalkan sistem pemerintahan autokrasi- totalitarian pada masa kini.

Negara Cuba

Cuba atau Republica de Cuba, negara di kawasan Laut Karibia yang lebih kecil dari Pulau Jawa. Pada 49 tahun yang lalu, hanya dipimpin 82 pejuang yang dilatih oleh Alberto Bayo (bekas kolonel tentara Sepanyol), Fidel Castro menggulingkan diktator Fulgencio Batista yang berkuasa di negeri itu sejak tahun 1956 dan Batista kemudian melarikan diri pada 1 Januari 1959 dan Fidel Castro dan penyokongnya menduduki Havana dan membentuk pemerintahan baru. Castro menjadi ketua negara dan membangunkan Republik Cuba menjadi negara sosialis berhaluan sosialis-komunis (Marxis-Lenin) di bawah kepimpinan parti tunggal Partai Komunis Cuba. Negara bekas jajahan Sepanyol (kerana itu bahasa resminya juga bahasa Sepanyol) yang dikenal sebagai penghasil gula, kapas, beras, kopi, nikel, bauksit, emas, dan perak ini juga gigih "melawan" Amerika Syarikat (AS) selama Fidel Castro berkuasa (49tahun).[19]

Di bawah pemerintahan Castro, pembangunan nasionalnya dititikberatkan pada pemeliharaan kesihatan dan pendidikan. Dua hal yang merupakan masalah mendasar rakyat di negeri itu. Hasilnya, penyediaan dan peningkatan kemudahan kesihatan dan pendidikan terus maju sehingga keduanya merupakan kemudahan percuma bagi semua rakyat Cuba (hanya orang asing yang dikenakan bayaran).

Biaya hidup di sana serba murah. Kejayaan pembangunan di dua sektor yang sangat menonjol tersebut membuat negeri kecil ini mendapat "nama besar" di dunia. Banyak pesakit dari berbagai negara (bahkan yang dikenal lebih maju) berubat di Cuba kerana teknologi kedoktoran dan terutama kualiti doktor serta pelayanannya sangat baik dan maju.[20]

Dalam melaksanakan pembangunan, pemerintah dan rakyat Cuba memiliki prinsip serba apa adanya. Mereka makan apa yang ada dalam negeri, bukan makanan import. Cuba hanya menerima bantuan yang sebagian besar dalam bentuk hibah dari negara sekutunya (misalnya Rusia) dan tidak membuat pinjaman daripada mana- mana badan kewangan dunia.[21]

Undang- undang pemerintahan atau perlembagaan Cuba menyatakan bahawa, "Parti Komunis Cuba adalah tonggak utama masyarakat dan negara". Mereka dianggap sebagai warganegara teladan kerana dipandang sebagai pendokong kuat revolusi. Parti juga membuat cadangan mengenai pembangunan masa depan revolusi, dan mengkritik kecenderungan-kecenderungan yang dianggap anti-revolusioner. Parti ini mempunyai pengaruh yang secara relatif luas di Cuba, namun otoritinya lebih bersifat moral, bukan legal. Parti Komunis Cuba adalah satu-satunya parti politik yang legal; parti lain tiada.

Pemilihan umum diadakan dengan surat suara rahsia, dan rakyat berusia 16 tahun ke atas berhak memilih. Rakyat mencalonkan dan memilih calon untuk dewan perwakilan perbandaran(municipal). Calon- calon untuk Dewan Nasional dicalonkan oleh dewan perbandaran dan dipilih dengan ya/tidak. Bila calon tidak mendapatkan lebih dari 51% suara, undian akan diulang.

Kekuasaan legislatif secara nominal berada di tangan Dewan Nasional Kekuasaan Rakyat. Namun, kecuali untuk dua sesi dalam setahun, kekuasaan legislatif dilaksanakan oleh 31 orang anggota dari Dewan Negara yang dipilih oleh Majlis Nasional dari anggota-anggotanya.

Kekuasaan eksekutif rasminya berada pada Dewan Menteri, sebuah kabinet besar yang terdiri dari 8 anggota Dewan Negara, ketua- ketua jabatan nasional, dan orang-orang lainnya. Sebuah jawatan kuasa Eksekutif yang lebih kecil, terdiri dari anggota-anggota yang lebih penting dari Dewan Menteri, mengawasi urusan-urusan biasa.

Sejak 1959 Fidel Castro telah menjadi ketua negara Cuba, sebagai perdana menteri dan, setelah dihapuskannya jabatan itu dengan disahkannya perlembagaan 1976, sebagai Presiden Dewan Negara, yang juga berfungsi sebagai ketua negara. Ia pun menjawat sebagai Sekretaris Pertama Parti Komunis Cuba, dan sejak 1976, anggota Majlis Nasional dari bandaraya Santiago de Cuba. (perlembagaan 1976 dan pindaannya pada 1992 menyatakan bahawa Presiden Dewan Negara adalah anggota Majlis Nasional).

Di masa lampau pemerintah Cuba telah dituduh melanggar hak asasi manusia, termasuk penyiksaan, penahanan sewenang-wenang, pengadilan yang tidak adil, dan hukuman mati yang dijatuhkan tanpa proses pengadilan. Kelompok-kelompok seperti Amnesty International dan Human Rights Watch juga mengkritik dan menuduh pemimpin Cuba tidak waras, tidak adanya kebebasan penduduk di Cuba, kurangnya hak-hak sivil(masyarakat), pelarangan terhadap penubuhan parti politik dan persatuan buruh, dan tidak wujud pilihan raya yang bebas dan demokratis. Pemerintah hanya mengakui satu persatuan buruh, pusat Buruh Kuba (Central de Trabajadores de Cuba, CTC). Persatuan- persatuan buruh bebas tidak diberikan status rasmi. Keamanan negara yang sangat efektif dengan jaringan informasi dan kawalan oleh pemerintah. Tak satupun kelompok hak asasi manusia yang memiliki status legal. Cuba merupakan salah satu dari sedikit negara di dunia, dan satu-satunya di belahan bumi barat, yang tidak memberikan akses kepada Komisi Palang Merah Internasional ke penjara-penjaranya.

Para pemerintah Cuba mengatakan bahawa catatan hak-hak asasi manusia, tingkat kehidupan dan pemeliharaan kesihatan di Cuba sekarang lebih baik daripada di waktu Fulgencio Batista, dan keadaan ini tentu akan semakin baik apabila tidak ada campur tangan AS. Mereka juga mengatakan bahawa sistem pemilihan umum di Cuba masa kini lebih demokratis daripada pada saat Cuba menjadi sebuah negara satelit Amerika Syarikat. Lawan-lawannya mengatakan kehidupan telah merosot sejak revolusi, tetapi pemeliharaan kesihatan telah bertambah banyak di banyak negara American Latin ini, dan bahawa Cuba adalah satu-satunya negara Amerika Latin yang belum didemokratikkan pada masa sesudah Perang Dingin sehingga sekarang.[22]

Meskipun merupakan negara kecil, Cuba tetap dipandang sebagai duri bagi AS, dan duri itu sulit untuk dicabut begitu saja. Hubungan dan kerjasama ekonomi serta politik negeri itu dengan Soviet Union yang berlangsung sejak Fidel Castro berkuasa membuat AS tidak menyukainya dan berusaha mengisolasikan Cuba dengan embargo ekonomi dan melakukan blokade di perairan internasional. Akibat hal itu, setidaknya Cuba telah menderita kerugian sebesar 222 miliar dollar AS.

Sejak Soviet Union runtuh tahun 1991, Cuba mengalami masalah ekonomi dalam negeri yang sangat hebat. Meskipun demikian, Cuba tak pernah menyerah terhadap segala usaha pemencilan yang dilakukan AS. Menteri Luar Negerinya, Felipe Perez Roque, menuduh AS masih tetap ingin "membungkam" Cuba dan menuduh Presiden Bush telah mendorong kekerasan agar terjadi perubahan politik di pulau yang diperintah dengan sistem sosialis-komunis itu. Bush juga dituduh oleh Perez Rouqe telah memprovokasi tentara Cuba untuk tidak menekan rakyat yang menghendaki perubahan. Namun, Perez Rouqe menegaskan bahawa "di Cuba tentera adalah penduduk yang berseragam".

Dunia mengenal Castro sebagai pemimpin yang paling lama berkuasa di dunia. Sebagai negara autolitarian, di samping hanya ada parti tunggal, juga hanya ada syarikat buruh tunggal, Sentral Buruh Cuba (Central de Trabajadores de Cuba-CTC). Fidel Castro, dikenali sebagai Comandante, mulai tidak memerintah kerana sakit sejak Julai 2006. Beliau diwakili oleh adiknya, Raul Castro, yang menjawat sebagai menteri pertahanan dan Presiden Dewan Negara setelah rasmi menerima penyerahan kuasa dari abangnya tanggal 31 Julai 2006. Bagaimana Cuba terus melangkah ke depan ketika parti sosialis-komunis di seluruh dunia runtuh? Seperti dikemukakan oleh Raul Castro, negaranya tertarik untuk memilih jalan sosialis seperti yang dilakukan di Tiongkok. Kalau di Tiongkok ada istilah "sosialisme khas Tiongkok", maka kelak juga akan lahir "sosialisme khas Cuba". Kalau Tiongkok boleh maju, kenapa Cuba tidak?

Meskipun AS tak jemu-jemu terus berusaha mengisolasikan Cuba, terutama melalui perdagangan, perjuangan penguasa dan rakyat negeri ini terus mendapat sokongan. Majlis Umum PBB dengan resolusinya yang ke-16 secara mutlak (didukung 184 negara) malah mendesak agar AS mengakhiri embargo perdagangannya yang sudah berusia 45 tahun itu terhadap Cuba. Felipe Perez Roque, seorang insinyur dan menteri yang masih sangat muda usianya, menilai itu sebagai "kemenangan yang sangat indah" bagi negerinya. "Cuba tidak akan pernah menyerah dan akan terus melawan politik AS selama- lamanya." katanya.[23]

Korea Utara

Korea Utara, atau nama rasminya Republik Demokratik Rakyat Korea merupakan sebuah negara yang terletak di bahagian utara Semenanjung Korea, Asia Timur. Ia disempadani oleh Republik Rakyat China dan Persekutuan Rusia di utara serta Korea Selatan di selatan.Korea Utara dan Korea Selatan pernah menjadi satu negara tetapi dipisahkan selepas Perang Dunia Kedua.[24]

Secara rasmi, Undang-Undang Korea Utara memberikan kekuasaan politik kepada masyarakat. Namun, kekuasaan yang sesungguhnya berada di tangan Parti Komunis. Undang-Undang tersebut memang menjamin hak-hak seperti kebebasan rakyat, kebebasan beragama, dan kebebasan berbicara, akan tetapi pada kenyataannya 23,6 juta masyarakat Korea di Korea Utara sangat dibatasi kebebasannya. Misalnya, seluruh siaran radio dan televisyen dikawal secara ketat oleh jawatan kuasa Penyiaran Pusat Korea. Semua stesen radio yang dimiliki swasta dan diatur supaya menjadi frekuensi pemerintah. Berita-berita terkini sering kali disembunyikan dari khalayak umum atau bahkan diubah isinya. Masyarakat seringkali tidak mengetahui peristiwa-peristiwa yang terjadi sampai berminggu-minggu, berbulan-bulan, atau bahkan bertahun-tahun sesudahnya.

Di Korea Utara, pemerintah mengawal seluruh aspek kehidupan masyarakat. Sebagian besar kesenian dan hiburan dibantu dan dikawal oleh pemerintah. Bahkan cara seniman bekerja pun dibatasi. Pada asanya, segala hal yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Komunis dilarang oleh pemerintah.[25]

Kesimpulan

Seperti juga dengan pemerintahan liberal demokrasi, ciri- ciri pemerintahan autokratik dan totalitarian bukanlah mutlak. Terdapat perbezaan yang penting dari segi darjah di antara ciri- ciri kerajaan yang digelar autokratik dan totalitarian. Terdapat kekaburan tentang pengertian ciri- ciri tersebut. Harus diingatkan bahawa konsep- konsep yang digunakan ini tertakluk kepada berbagai penakrifan berbeza. Lebih- lebih lagi apabila penggunaan perkataan seperti autokratik dan totalitarian ini penuh dengan konsep normatif yang berakar umbi dalam ”peperangan dingin” di antara blok komunis dengan blok barat, di mana banyak penulisan daripada blok barat, terutama dalam tahun- tahun 1950-an dan 1960-an, lebih bertujuan untuk menonjolkan keburukan sistem kerajaan autoritarian blok komunis. Dan begitu juga sebaliknya.

Walau bagaimanapun, memang terdapat perbezaan yang ketara di antara apa yang dipanggil kerajaan demokratik dan kerajaan autokratik- totalitarian, dan ciri- cirinya boleh digunakan sebagai panduan umum untuk membuat perbandingan. Sekali lagi, dalam sistem- sistem politik sebenar, tidak terdapat satu kerajaan pun yang sepatutnya demokratik atau yang sepenuhnya autokratik- totalitarian dalam erti kata yang digambarkan oleh ciri- ciri yang disebutkan. Dalam melihat sesuatu sistem dan pemerintahan- pemerintahan sebenar, persoalannya ialah tentang mirip sistem- sistem itu, bukan sifat- sifat mutlaknya. Berasaskan pendekatan demikian, ia boleh dirumuskan bahawa negara seperti Amerika Syarikat, Eropah Barat, Jepun, Australia dan New Zealand lebih mirip ke arah liberal demokrasi. Pemerintahan- pemerintahan di negara- negara komunis, di negara- negara pemerintahan tentera, di negara- negara yang mempunyai monarki yang berkuasa mutlak atau di negara- negara diperintah di bawah pemerintahan darurat bolehlah dikatakan sebagai mirip ke arah autokratik- totalitarian seperti Cuba dan Korea Utara.[26]



[1] Lazarev, Valery 16 March 2007. Political labor market, government policy, and stability of non- democratic regime. Hoover Institution and University of Houstan Clear Lake: http://mpra.ub.uni-muenchen.de/2352/

[2] Kamus dwibahasa oxford, edisi keempat

[3] Syed Ahmad Hussein (1994). Pengantar Sains Politik. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka

[4] Ibid(3)

[5] Note from article “sistem negara”

[6] Syed Ahmad Hussein (1994). Pengantar Sains Politik. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

K. Ramanathan (ed.3) (2003). Asas Sains Politik. Malaysia: Fajar Bakti

[7] K. Ramanathan (ed.3) (2003). Asas Sains Politik. Malaysia: Fajar Bakti.

[8] Abdul Rashid Moten Syed Serajul Islam (2005). Introduction to Political Science. Malaysia: Thomson

[9] K. Ramanathan (ed.3) (2003). Asas Sains Politik. Malaysia: Fajar Bakti

[10] Ibid(8)

[11] Ibid(3)

[12] Ibid(7)

[13] Ibid(9)

[14] Ibid(13)

[15] K. Ramanathan (1992). Konsep Asas Politik. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka

[16] Ibid(3)

[17] Ibid(7)

[18] Ibid(15)

[19] http://id.wikipedia.org/wiki/Kuba

[20] http://ms.wikipedia.org/wiki/Republik_Demokratik_Rakyat_Korea

[21] Ibid(17)

[22] http://unisosdem.org/article_detail.php?aid=9210&coid=3&caid=31&gid=2

[23] Ibid(19)

[24] http://ms.wikipedia.org/wiki/Republik_Demokratik_Rakyat_Korea

[25] http://www.sabda.org/misi/profil_bangsa_korea_utara

[26] Syed Ahmad Hussein (1994). Pengantar Sains Politik. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

No comments: