Pengenalan
Pemikiran postmodernism merupakan satu idealisme alaf baru yang muncul di barat dalam arus modenisasi. Aliran pemikiran ini bermula sekitar tahun 1930-an dengan kemunculan seorang pengarang Belanda yang bernama Federio De Onis dalam penulisannya Antologia De La Poesia Espanola A Hispanoamericana pada tahun 1934 (Featherstone, 1998:202).
Apa itu fahaman dan pemikiran pascamoden? Menurut Kamus Dewan (1994:914), pasca bermaksud selepas, sesudah atau setelah. Moden pula bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara(kaedah) baru dan mutakhir. Menurut Jencks, C.H.(1995:478);
’Satu daripada anjakan utama ke arah dunia pascamoden ialah berlakunya perubahan dalam epistemologi, kefahaman terhadap pengetahuan itu berkembang dan dikaitkan dengan anggapan- anggapan lain’.[2]
Falsafah postmodern ini telah membentuk beberapa pendekatan untuk mengkritik pemikiran barat seperti green approach dan feminism. Istilah postmodernism turut digunakan dalam keadaan yang agak negatif untuk menerangkan perlakuan, kadangkala dalam sesuatu fahaman yang umum. Ia juga kadangkala digunakan untuk menjelaskan perubahan sosial yang berlaku yang mempunyai perkaitan dengan prinsip moral.
Aliran pemikiran postmodernism dalam pengajian teori Hubungan Antarabangsa
Kemunculan postmodern mula dirasai dalam ilmu sains sosial pada penghujung tahun 70-an(last 25 years) dan pertengahan 80-an(it reached international theory) namun kesannya dalam hubungan antarabangsa mula dikaji pada tahun 1990-an. It is probably as popular a theoretical approach as any discussed. Perkara yang paling sukar dalam pengkajian postmodern adalah dalam pemberian makna atau membuat pendefinisian tentang postmodern itu sendiri. This is in addition to the fact, of course that there are substaintial theoretical differences within its various strands. Salah satu definisi yang boleh digunakan adalah pendefinisian yang diberikan oleh Jean Francois Lyotard:
“simplifying to the extreme, I define postmodern as incredulity towards metanarrative”.[3]
Secara ringkasnya, maksud lainnya Jean Francois Lyotard menerangkan postmodern sebagai teori yang bersifat skepticism; ‘metanarrative’ bermaksud mana- mana teori yang mendesak atau menuntut sesuatu perlu ada asas pembentukan atau dasar alasan yang jelas untuk mewujudkan sesuatu knowledge claims dan perlunya penyertaan asas epistemology.[4]
Selain itu para sarjana postmodern berpendapat teori ini bimbang dengan deconstructing dan distrusting terhadap mana- mana pernyataan mengenai dakwaan yang dibuat terhadap apa yang terjadi dalam kehidupan manusia yang dianggap direct access to ‘the truth’. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Marxism, termasuk teori kritikal yang lain, Freudian psychoanalysis, dan hujah- hujah utama yang dikemukakan oleh feminism yang bersetuju dengan perspektif yang disangkal oleh golongan postmodern kerana mereka seharusnya tidak ada unsur menyembunyikan fakta yang sebenar tentang apa yang berlaku dalam dunia hari ini.
Tiga tema utama yang di ketengahkan dalam postmodern adalah; hubungan antara kuasa dan ilmu pengetahuan, performative nature of identity, dan various textual strategies used by postmodern thinkers. [5]
Power- knowledge
Tema ini diperkenalkan oleh Micheal Foucault. Menurut para sarjana postmodern, terdapat hubungan erat antara kuasa dengan pengetahuan. Bagi mereka, sesuatu idea itu boleh diterima atau akan diterima umum sebagai pengetahuan apabila ia disokong atau diutarakan oleh kuasa atau pihak yang berkuasa. Pada masa yang sama, pengetahuan diperlukan untuk menjamin kelangsungan kuasa. Ini bererti wujudnya hubungan saling bergantungan antara keduanya. Ringkasnya, idea memerlukan kuasa untuk diterima sebagai pengetahuan dan pengetahuan itu pula perlu untuk kelangsungan kuasa. Hubungan ini juga merupakan ‘a key concern’ kepada teori kritikal.
Foucault telah menentang pendapat dominan dalam rationalist theories dan positivism yang mengatakan bahawa knowledge is immune from the workings of power. Beliau bersetuju bahawa kuasa secara faktanya menghasilkan pengetahuan. Semua kuasa memerlukan pengetahuan dan semua pengetahuan memerlukan sokongan kuasa untuk menguatkan kedudukannya sebagai ilmu pengetahuan yang diterima semua. There is no such thing as ‘truth’ existing outside of power. Foucault mempersoalkan, how can history have a truth if truth has history? Kebenaran bukan sesuatu perkara yang terasing kepada pembentukan sosial akan tetapi ia wujud sebagai sebahagian daripada sejarah itu.
Post modernists look at what power relations are supported by ‘truth’ and knowledge practices. Teori postmodern antarabangsa menggunakan pengertian ini untuk menerangkan tentang ‘truth’ dalam teori hubungan antarabangsa malah untuk melihat bagaimana konsep ini dan knowledge claims yang mendominasi displin dalam faktanya adalah bergantung secara kebetulannya ke atas sesuatu hubungan kuasa. Tige contoh ke atas konsep kedaulatan dalam sejarah dan teori politik antarabangsa dikemukakan oleh Cynthia Weber (1995), Jens Bartelson (1995), dan Jenny Edkins (1999). Dalam setiap buku yang ditulis mereka, the concept of sovereignty is revealed to be both historically variable despite the attempts of mainstream scholars to imbue it artificially with a fixed meaning, and itself caught up in the practice of sovereignty by producing the discourse about it.
Bagaimana pengajian sejarah hubungan antarabangsa dalam menerangkan hubungan antara kuasa dan pengetahuan? Pendekatan yang dibuat Foucault dikenali sebagai geneology, yang mana ia untuk menukarkan apa yang telah kita percaya pada masa kini dan menukarkan ia menjadi satu persoalan. Selain itu juga beliau turut menyatakan bahawa segala pengetahuan sebenarnya tidak bersifat mutlak akan tetapi ia bergantung kepada orang yang berkuasa untuk mengesahkannya. Kesimpulannya, apa yang selama ini dianggap benar itu adalah bersifat relative bukannya berbentuk mutlak. Konsep yang sedia ada perlu dipertikaikan dan dipersoalkan kebenaran dan kesahihannya. Misalnya dalam aspek keselamatan, sarjana postmodern mengintepretasikan bahawa ancaman ditimbulkan oleh pihak yang berkuasa. Ini bagi memastikan kelangsungan politik mereka. Ancaman diwujudkan bagi mengukuhkan kedudukan dan penguasaan mereka. Selain itu, kita juga boleh melihat perang dingin yang pada sarjana postmodern mungkin keadaan itu tidak berlaku sama sekali dalam sejarah dunia.
Selain itu keadaan hyperreality atau tokok tambah cerita itu adalah cara untuk pemimpin menguji dasar yang dibuat mereka. Sepertimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat yang mempromosikan ‘war on terorrism’ untuk menghalalkan pencerobohan di negara- negara timur tengah yang dilakukan oleh tenteranya atas dasar keamanan sejagat misalnya di Iraq dan penahanan individu atas nama penjenayah perang sepertimana yang dilakukan terhadap Saddam Hussien. Ini merupakan ancaman yang sengaja diwujudkan selepas tamat perang dingin di mana Amerika Syarikat di bawah pimpinan Josh W. Bush, mewujudkan ancaman baru supaya beliau dapat meneruskan dasar- dasar Amerika Syarikat dan meletakkan pengkalan tentera merata dunia serta membuatkan ia seolah- olah berhak mempunyai senjata dan tentera yang banyak. Kini apa yang
Natural of Identity
Tema kedua adalah bagaimana postmodern melihat identiti sebagai bukan perkara tetap akan tetapi sebagai performative site. Satu cara untuk mendekatinya adalah dengan membuat perbandingan dengan bagaimana identiti difahami berdasarkan pada teori constructivism dalam hubungan antarabangsa.
David Campbell menerangkan pendekatan untuk identity melalui fahaman seorang constructivist iaitu Alexender Wendt:
‘identity is said to come in two basic forms, one of which is “those [deemed] intrinsic to an actor…”. As an instance of this, [wendt] claims that “being democratic… is an intrinsic feature of the
Pendekatan kritikal mempunyai persamaan dengan postmodern di mana kedua- dua teori ini iaitu:
- tidak mempercayai kredibiliti negara sebagai satu- satunya sumber identity tapi tidak menyatakan negara tidak penting. Mereka tidak menafikan kewujudan negara tapi hanya mahukan alternative dalam pengelasan identity.
- perlunya alternative untuk pengenalan diri kerana identity yang dibuat kini masih menunjukkan kebergantungan terhadap negara misalnya ic dan passport.
- menggalakkan pertumbuhan INGO dan NGO.
Textual strategies
Asasnya dari apa yang dikatakan Jacques Derida (1976) mengenai cara untuk menerangkan tentang keadaan dunia melalui konteks textual. Bagi Derrida world is constituted like a text in the sense that interpreting the world reflects the concepts and structures of language. Derrida mempunyai dua cara untuk mendedahkan pertukaran textual iaitu melalui deconstruction dan double- reading.
Deconstruction is based on the idea that seemingly stable and natural concepts and relations within language are in fact artificial constructs. Mereka mengubah hierarki dalam makna yang berbeza di mana satu tema adalah sentiasa ‘privileged’ antara yang lain. Deconstruction adalah cara untuk menunjukkan bagaimana semua teori dan perbincangan bergantung kepada artificial stabilities yang dihasilkan melalui sesuatu yang kelihatan objektif dan semulajadinya berbeza (seperti public/private, good/bad, male/female, civilized/ barbarics, right/wrong).[7]
Double- reading adalah cara Derrida menunjukkan kestabilan operasi melalui dua penafsiran bagi satu teks atau keadaan atau pengetahuan. Penafsiran yang pertama menunjukkan a repetition of the dominant reading to show how it achieves its coherence. The second point to the internal tentions within a text that result from the use of seemingly natural stabilizations. Matlamatnya bukanlah untuk mencari mana yang betul atau memperbetulkan text yang sedia ada tapi ia untuk menunjukkan bahawa terdapat lebih dari satu makna bagi sesuatu keadaan atau peristiwa.
Dalam teori antarabangsa, Richard Ashley (1988) menyatakan perlunya double- reading terhadap makna awal konsep anarki yang telah mewujudkan persoalan terhadap anarki dalam penulisan IR tradisional. Beliau memulakan penafsiran semula untuk menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan secara semulajadinya akan konsep anarki dan konsep kedaulatan. Ashley hanya menunjukkan bagaimana arbitrary (pandangan sendiri) adalah benar terhadap andaian yang terdahulu tentang konsep anarki dan kelogikan tindakan negara. Hal ini sama sepertimana Rob Walker (1993) lihat terhadap tradisi pembentukan Realism dan menunjukkan bagaimana ia hanya benar melalui pengabaian sebahagian besar pandangan atau pendapat yang rumit dalam pemikiran sarjana lama seperti Machiavelli dan Hobbes.
James Der Derian mencadangkan perlunya revolusi dalam bidang teknologi dan informasi yang dapat memberikan media keberanian menyampaikan keadaan sebenar politik dunia yang selama ini telah dilindungi realitinya dari pengetahuan umum. Dan sebagai contoh terakhir, Jenny Edkind menggunakan fahaman postmodern untuk melihat kepada masalah kebuluran dan penyaluran bantuan, dan juga pengalaman penuh trauma bermula dari zaman perang dunia sehingga tragedy 11 september (shape and re- shape politics).[8]
Ciri- ciri postmodernism
1. Hyperreality
Ciri- ciri kehidupan pascamoden ialah pengaruh media yang membentuk imej yang melampaui realiti. Khalayak pula menerima itu sebagai realiti. Khalayak keliru antara realiti dan hyper reality.[9] Misalnya, idea modernism apa yang kita ketahui adalah satu tahap di mana kehidupan manusia semakin maju dan berasaskan sains dan teknologi. Namun terdapat makna lain terhadap modernisme ini iaitu ia dikatakan satu tahap di mana seluruh dunia mula menuju ke arah pembaratan dan kebudayaan asal sesebuah negara dan rantau mula terhakis. Kedaulatan negara juga mula semakin terhakis dengan munculnya zaman moden ini.
2. Deconstruction dan double- reading (Idea pelbagai makna)
Pascamoden turut memperkenalkan idea dan sikap baru dalam mengukur kaedah penilaian.[10] Idea ini dipopularkan oleh Micheal Foucault(1972:91). Deconstruction adalah satu idea yang menyongsangkan pemikiran terhadap sesuatu idea yang sedia ada. Idea ini telah membuatkan para pemikir supaya memikirkan alternatif terhadap idea yang sedia ada(double reading). Jacques Derida menyatakan bahawa deconstruction bukanlah untuk meruntuhkan konsep yang telah sedia ada tapi apa yang perlu dilakukan adalah harus dipertikaikan konsep tersebut, sejauhmana kebenarannya.
3. Emansipation-pembebasan terhadap pengaruh kuasa
Pembebasan minda atau pemikiran. Ia sepertimana yang telah dinyatakan oleh Jurgen Habermas iaitu mengenai pengaruh media yang pada hari ini amat meluas untuk mempengaruhi minda masyarakat. Beliau menggalakkan wujudnya badan bukan kerajaan, masyarakat madani atau sivil society yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan tidak mudah terpedaya dengan pengaruh dari golongan kapitalis atau golongan berkuasa.[11]
4. Pengidentitian alternatif (pengenalan)
Negara adalah penting tapi dalam masa yang sama, manusia harus cari alternatif lain bagi identiti masing- masing.[12] Arnold Toynbee dalam ringkasan karyanya, A Study of History (1947). Beliau mendefinisikan pascamoden sebagai peralihan politik daripada pola pemikiran negara nasional ke interaksi global.[13]
Kesan kemunculan postmodern
Positif
Richard Falk menemui persoalan pascapemodenan ini secara berhadapan. Melihat pascapemodenan dalam suasana positif, Falk menulis,
“Beyond the modern, a politics is emerging with a new dimensionality: nonviolent, militant, feminized, transnational, grassroots, informal, and often inspired by premodernist wisdom and insight. In an industrialized democracy with a functioning constitution, this emergent postmodern politics does not entrust the future to traditional forms of indirect participation: traditional parties, electoral campaigns, congressional lobbying, representative institutions, enlightened presidential leadership. The emphasis is either upon a radical reorientation of traditional vehicles (for example, the Green Party) or upon an "antipolitics" (involving extranormal forms of collective expression). (1992, m.s. 20)”.[14]
Falk merujuk pergerakan sosial baru sebagai bukti adanya "ura pascapemodenan" dalam politik. Selain ketiadaan keganasan dalam kebanyakan pergerakan ini, nilai hierarki dan patriakal diketepikan, serta terdapatnya penolakan liberalisme dan Marxisme, penafian hakikat keagungan sekularisme dalam negara bangsa, pelaksanaan proses kehakiman tanpa batasan kedaulatan, ketidakpercayaan umum terhadap propaganda negara bangsa dan sebagainya. Bahawasanya inilah rumpun pemikiran pascapemodenan menuju ke arah kritikan sosial yang mendalam dan radikal terhadap aliran antroposentrik pemodenan yang telah membawa bersama senjata holocaustal (kemusnahan yang teruk terutamanya manusia) dan pemusnahan alam sekitar dengan kemungkinan "tamatnya lingkungan semula jadi" melalui proses berterusan daripada pencemaran hinggalah kepada kesan rumah kaca dan kehakisan lapisan ozon.
Pascamodenisme merupakan aliran mengkritik modenisme sehingga mendatangkan pelbagai kecelaruan minda. Hasilnya, wujud pemahaman-pemahaman baru yang disalahtafsirkan seperti relativisme, pluralisme, dan sebagainya. Tema -tema penting yang terdapat dalam aliran postmodernisme ini ialah kumpulan gerakan alam sekitar, kumpulan anti-globalisasi, kumpulan gerakan etnik iaitu gerakan-gerakan yang menuntut hak seperti golongan yang dipinggirkan akibat daripada kepentingan golongan majoriti yang mengabaikan kepentingan golongan minoriti dan juga kumpulan feminisme.[15]
Negatif
Namun wujud kekurangan atau limitasi terhadap pascamoden yang mana mereka dikatakan hanya mampu menimbulkan persoalan dan mewujudkan suasana yang mengelirukan namun tidak pula memberi sebarang penyelesaian yang wajar untuk menyelamatkan keadaan. Pemikiran ini dilihat terlalu abstrak dan teoritikal. Mereka dikatakan tidak membincangkan keadaan dunia yang sebenar. Mereka menimbulkan kekeliruan dengan semuanya dianggap relatif. Jadi timbul persoalan, apakah perkara yang mutlak? Dan dunia pada masa kini masih berhadapan dengan pelbagai konflik seperti pembunuhan yang tiada tindakan yang wajar dikenakan, kebuluran, kemiskinan, ketidak adilan gender atau kaum dan sebagainya.
Kesimpulan
Berdasarkan apa yang telah dibincangkan, bolehlah kita simpulkan bahawa postmodern merupakan pemikiran yang mempunyai persamaan dengan constructivism dan mencedok sedikit idea dari critical approach. Ia adalah pemikiran yang berbeza dari teori- teori klasik yang terdahulu sebelumnya malah fokusnya juga adalah berbeza. Bagi golongan realism, negara adalah fokus perbicangan mereka, Marxism terhadap kelas masyarakat dan liberalism merujuk kepada pasaran. Postmodern lebih kepada memberi idea dan mengkritik. Lebih jelas lagi, ia menentukan asal a great role to the media and global public and also ideas of leaders.
Postmodernism mempunyai beberapa sumbangan penting terhadap metodologi hubungan antarabangsa. Postmodernism dilihat berkemampuan untuk menyedarkan kita bahawa pendapat sarjana terdahulu bukanlah satu- satunya idea yang boleh diterima dan ia sebenarnya merupakan hasil daripada tindakan mementingkan diri sendiri yang ada pada para sarjana bagi menjamin kelangsungan kuasa mereka. Para sarjana selalunya terlalu bergantung kepada teori mereka dan merasakan ia adalah benar. Keduanya adalah sikap ragu-ragu yang diwujudkan oleh sarjana postmodernism kepada idea yang telah sedia ada membuatkan manusia melihat sesuatu aspek atau ilmu pengetahuan itu dalam pelbagai dimensi. Ini merupakan kebaikan atau perkara positif yang dapat dilihat wujud pada pendekatan postmodernisme. Dari penerangan di atas dapat kita jelaskan bahawa pascamoden adalah aliran pemikiran yang asasnya, para sarjananya berpendapat bahawa pengetahuan berhubungkait dengan kuasa. Ia mempersoalkan konsep yang sedia ada yang pada pendapat mereka konsep tersebut adalah diwujudkan dan dipengaruhi oleh orang yang berkuasa bagi mempertahankan kedudukan serta memperluaskan pengaruh mereka.
Tapi bagi golongan pascamoden, mereka menegaskan bahawa konsep ‘real world’ tidak wujud. Apa yang pasti pascamoden telah banyak memberi kesan terhadap pelbagai displin ilmu termasuklah hubungan antarabangsa. Pemikiran ini telah mewujudkan ruangan pada para pemikir untuk mencari tafsiran semula pada idea yang telah sedia ada. Pascamoden bukanlah menandakan satu puncak kemajuan baru sesudah era moden melainkan sebaliknya iaitu diagnosa tentang keruntuhan yang wujud sesudah era itu. Aliran pemikiran pascamoden berkembang pada tahun 80an- 90an dan hingga kini disebabkan perkembangan teknologi perhubungan dan komunikasi.
[1]Aminuddin Ruskam al- Dawamy (2004). Pascamoden: Perbincangan isu sosial. Johor: Universiti Teknologi
[2] Ibid (m/s 5-6)
[3] John Baylis & Steve Smith (2006). The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations.
[4] Jean-FrancoisLyotard(1979) The Postmodern Condition A Report on Knowledge retrieved October 25, 2008 from Marxist. Org website: http://www.marxists.org/reference/subject/philosophy/works/fr/lyotard.htm
[5] Ibid (m/s 285- 287)
[6] Ibid (m/s 286)
[7] John Baylis & Steve Smith (2006). The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations.
[8] Ibid (m/s 287)
[9]Kramer E.M (1997). Modern/ Postmodern: Off the Beaten Path of Antimodernism
[10] Rose M.A (1991). The post- modern & The post- industrial: A Critical Analysis.
[11] Idea yang terkandung dalam pendekatan kritikal yang digunakan dalam postmodern. Unsur persamaan bagi kedua- dua aliran pemikiran ini.
[12] Rose M.A (1991). The post- modern & The post- industrial: A Critical Analysis.
[13] (September 6, 2007). Catatan kecil untuk A. Retrieved July 29, 2008 from Arkib website: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_04.htm
[14] Johan Saravanamuttu Abdullah (1993). Order Baru Dunia-Di Ambang Pascapemodenan?. Pulau Pinang: Universiti Sains
[15] Gary Alyesworth (2005) Postmodernism. Retrieved September 20, 2008 from Standford Encyclopedia of Philosophy website: http://plato.stanford.edu/entries/postmodernism
No comments:
Post a Comment