Wednesday, March 4, 2009

Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan(SAARC). Cabaran- cabaran semasa.

Pengenalan

Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan(SAARC) adalah sebuah organisasi ekonomi dan politik yang terdiri daripada 7 buah negara dalam Asia Selatan. Dalam terma populasi, pengaruh linkungan sosialnya adalah besar dari mana- mana organisasi serantau yang lain: hampir 1.5bilion penduduk, gabungan populasi negara- negara ahli. Penghujung 1970-an, Presiden Bangladesh, Ziaur Rahman mencadangkan untuk membentuk blok perdagangan yang terdiri daripada negara- negara di kawasan Asia Selatan. Setiausaha luar kepada 7 buah negara bertemu buat pertama kalinya di Colombo pada April 1980 dengan memberi penumpuan kepada 5 bidang utama yang telah dikenalpasti iaitu pertanian, pembangunan luar bandar, telekomunikasi, meteorlogi, serta kesihatan dan perkhidmatan penduduk. Kesemua setiausaha luar ini turut bersetuju untuk menubuhkan badan yang dikenali sebagai `committee of the whole’ yang terdiri daripada pegawai senior dari 7 negara terlibat untuk mengenalpasti dan melaporkan sebarang perkara yang berkaitan kerjasama yang diwujudkan.[1]

Pada 8 Disember 1985, ia ditubuhkan secara rasmi dengan pengenalan piagamnya. Ahlinya terdiri daripada negara India, Pakistan, Nepal, Bhutan, Bangladesh, Sri Lanka dan Maldives.

Objektif hubungan serantau yang termaktub dalam piagam:

Ø Untuk mempromosi kebajikan masyarakat Asia Selatan dan untuk memperbaiki kualiti hidup mereka.

Ø Untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, perkembangan sosial dan pembangunan kebudayaan dalam rantau dan untuk memberi semua individu peluang hidup senang dan mengetahui potensi diri mereka.

Ø Untuk promosi dan memperkuatkan kebergantungan terhadap diri sendiri secara kolektif antara negara- negara Asia Selatan.

Ø Mewujudkan kepercayaan, pemahaman dan ambil berat tentang masalah satu sama lain.

Ø Untuk promosi kerjasama dan bantuan satu sama lain dalam ekonomi, sosial, budaya, teknikal dan lapangan saintifik.

Ø Untuk memperkuatkan kerjasama dengan negara membangun yang lain.

Ø Untuk memperkuatkan kerjasama antara mereka dalam forum antarabangsa untuk mempersoalkan kepentingan bersama.

Ø Untuk bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan serantau dengan matlamat dan tujuan yang sama.[2]

Organisasi SAARC

Pada 8 Disember 1985, secara rasmi SAARC ditubuhkan melalui pengenalan piagamnya. Ahlinya terdiri daripada negara India, Pakistan, Nepal, Bhutan, Bangladesh, Sri Lanka dan Maldives.[3] Manakala, Sekretariat SAARC ditubuhkan di Kathmandu pada 16 januari 1987. ia dilancarkan oleh Raja Nepal, Bivendra Bir Bikram Shah Dev. Sekretariat bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengetuai pelaksanaan aktiviti, membuat persediaan dan memberi perkhidmatan untuk mesyuarat dan bertindak sebagai saluran komunikasi antara pertubuhan dan negara- negara ahli sepertimana organisasi rantau yang lain.

Afghanistan menyertai SAARC[4] pada 13 november 2005 dan menjadi ahli pada 3 april 2007. Dengan adanya Afghanistan, ahli SAARC menjadi 8.[5] Pada april 2006, Kesatuan Eropah(EU), Amerika Syarikat(AS) dan Korea Selatan membuat permintaan untuk menjadi pemantau dalam SAARC council of ministers meeting yang akan diadakan pada julai 2006.[6] Pada 2 ogos 2006, negara- negara ahli SAARC bersetuju untuk memberi hak sebagai pemantau kepada Kesatuan Eropah(EU), Amerika Syarikat(AS) dan Korea Selatan.[7] Pada 4 mac 2007, Iran juga meminta status pemantau.[8]

Ke arah mewujudkan kerjasama serantau

Sebelum penubuhan SAARC secara rasmi lagi, pada 24-25 Januari 1983, satu mesyuarat pertama di antara para perwakilan berkaitan dengan`National Planning Organization’ telah diadakan di New Delhi. Ia merupakan satu mesyuarat ekonomi pada peringkat rantau pertama yang diadakan di antara negara-negara di Asia Selatan. Mesyuarat ini berfokus kepada 3 perkara penting iaitu berkaitan dengan model dan teknik perancangan nasional, berkaitan program pembasmian kemiskinan dan juga keadaan ekonomi antarabangsa. Mesyuarat ini berjaya mendapat kata sepakat dalam perjanjian perkhidmatan dan juga aktiviti pertukaran maklumat, namun apa yang paling penting ialah kejayaan dalam menjalankan penyelidikan sistematik yang merangkumi kerjasama ekonomi bersifat intra-rantau. Selepas SAARC tertubuh secara rasmi pada 1985, SAARC membuka satu lagi lembaran baru dalam menjamin kerjasama yang berterusan dengan menyetuh soal kesihatan, aktiviti penduduk, kebajikan kanak-kanak, budaya dan juga sukan melalui persidangan di Dhaka, 1985. Ini membuktikan bahawa SAARC tidak hanya berfokus pada kerjasama ekonomi semata- mata.

Pada Mei 1991, tertubuhnya satu badan yang dikenali sebagai 'Committee on Economic Cooperation (CEC) yang dianggotai oleh Setiausaha Perdagangan negara-negara ahli SAARC. CEC bertanggungjawab untuk mencipta satu formula yang sesuai dan memantau perlaksanaan formula tersebut mengikut ukuran, dasar- dasar dan program-program yang bersesuaian dengan rangka kerja SAARC untuk mengukuhkan kerjasama intra-regional dalam bidang perdagangan dan hubungan ekonomi. Kini, CEC merupakan salah sebuah kumpulan penting dalam SAARC dengan memegang mandat dalam isu-isu ekonomi dan perdagangan. CEC bertindak sebagai penentu pelbagai petunjuk dalam usaha mengenalpasti kawasan-kawasan baru kerjasama ekonomi dan perdagangan. CEC turut memantau kerjasama dalam lingkungan sebagai menepati piawai yang khusus, prosedur-prosedur kastam, pengurusan keistimewaan perdagangan, peraturan-peraturan, perjanjian-perjanjian terhadap perlindungan pelaburan dalam SAARC dan ini termasuklah pengecualian cukai dan ia diselenggarakan oleh 'SAARC Arbitration Council'. Perkongsian maklumat dalam perkara-perkara berkaitan ekonomi dan perdagangan turut diselaraskan. [9]

Pada Disember 1995, SAARC Preferential Trading Arrangement (SAPTA) ditubuhkan bagi mempromosikan kerjasama ekonomi dan perdagangan secara bersama. Melalui SAPTA, kadar tarif yang sesuai difikirkan kepada barangan yang didagangkan dikalangan negara ahli. Sebarang bentuk diskriminasi dalam perdagangan dan juga halangan atau sekatan perdagangan dilarang untuk mewujudkan satu keadaan kerjasama ekonomi rantau yang baik. Pada 1 januari 2006, South Asian Free Trade Areas(SAFTA) telah ditubuhkan dengan harapan ia dapat meransang atau meningkatkan perdagangan dalam rantau tersebut.[10]

Cabaran- cabaran semasa

Hegemony power

Thomas Thornton percaya yang organisasi serantau adalah sukar untuk `countries to establish balanced relations when one has a signficant advantage in power over the other state’ merujuk dalam kes SAARC, India adalah negara yang paling berkuasa dalam terma kuasa ekonomi, ketenteraan dan pengaruh antarabangsa. Jadi, India berpotensi menjadi regional hegemon yang membuatkan SAARC menjadi unik berbeza dengan organisasi lain misalnya, ASEAN. Pakistan pada mulanya enggan menyertai SAARC sebab takut SAARC tunduk pada hegemoni India. Jika India tidak memainkan peranan utama dalam SAARC, ia akan menyebabkan lebih ketakutan dimana India akan gunakan SAARC sebagai hegemonic purposes. Namun begitu, negara- negara kecil di Asia Selatan menyatakan bahawa mereka memerlukan pertolongan India untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi mereka lebih cepat. Mereka enggan bekerjasama dengan India kerana takut sesetengah kerjasama yang dijalankan, membenarkan India mendominasi dalam SAARC.

India melakukan perbincangan dengan negara- negara jirannya supaya dapat mengurangkan ketakutan mereka. Ketakutan negara- negara Asia Selatan terhadap India disebabkan pada masa dahulu New Delhi telah menunjukkan kekuasaan India. Disebabkan India mempunyai kelebihan dalam ketenteraan dan kuasa ekonomi, India dilihat bersikap sombong kerana ia tidak merasa terancam sepertimana jiran- jirannya. Bangladesh takut dieksploitasi oleh India melalui sekatan terhadap pengairan kawasan pertaniannya. Manakala Nepal dan Bhutan risau India mengawal pergerakan perdagangan antarabangsa mereka dan rangkaian perhubungan. Ketiga- tiga negara ini bergantung kepada India disebabkan faktor kelemahan geografi kawasan mereka.[11]

Isu politik

Permasalahan dan pertikaian India dengan negara- negara jirannya mempunyai kesan langsung terhadap SAARC. Ia melemahkan usaha SAARC untuk mempromosikan perdagangan serantau. Percubaan untuk mempromosikan kerjasama serantau dengan cara melakukan penyelesaian konflik serantau dilihat tidak membuahkan hasil. SAARC tidak mempunyai mekanisme institusi atau hukuman yang wajar untuk melindungi atau menyelesaikan pertikaian secara keseluruhan. 2 contoh yang menggambarkan konflik dalam Asia Selatan merugikan SAARC.

Ø Penglibatan India yang dilihat campur tangan dalam masalah dalaman Sri Lanka dari 1986- 1990. Campur tangan ketenteraan India untuk menundukkan pemberontakan oleh The Liberation Tigers of Tamil Eelam membuatkan hubungan Indo- Sri Lanka tegang dalam 4tahun tersebut. Kemudiannya Sri Lanka seakan mahu menimbangkan semula keahliannya dalam SAARC namun masalah ini diselesaikan apabila hubungan India dan Sri Lanka diperbaiki.

Ø Contoh yang lebih jelas adalah konflik yang jauh terpesong dari perkembangan SAARC iaitu konflik Indo- Pakistan. Pakistan mempunyai permintaan sebuah resolusi untuk pertikaiannya dengan India di Kashmir Valley sebelum perbincangan hubungan perdagangan dengan New Delhi dijalankan. Pakistan menguatkuasakan polisinya melalui pencabulan peraturan WTO supaya dapat menghalang pemberian Most Favored Nation(MFN) kepada India.[12]

Bi-lateral alternative

Negara secara individu guna perjanjian bi-lateral untuk tunjukkan kepentingan ekonomi mereka. Tidak mengejutkan konflik menyebabkan perdagangan antara India dan Pakistan hanya akan terjadi secara penyeludupan barang melalui orang tengah, selalunya Dubai. Bagaimanapu kedua-dua negara tetap kekalkan keadaan ini yang mana membawa kepada keuntungan hubungan perdagangan dikedua- dua belah pihak pada tahun 1980-an. Lebih kurang 60% eksport Bangladesh juga dilihat penjulangan(upswing) dalam perdagangan bi-lateral dengan India semasa 1990-an di mana perdagangan antara India dan Bangladesh disifatkan berdasarkan perbezaan perdagangan yang signifikan. Lebih kurang 1bilion dalam barangan setahun `back and forth’ antara negara ini. India juga menandatangani perjanjian dengan Nepal pada disember 1996 yang membenarkan Nepal akses bebas cukai di pasaran India.1 april 1995, India kurangkan import barangan dari Sri Lanka. Bi-lateral bukan perjanjian multilateral yang memudahkan perdagangan berlaku dalam Asia Selatan. Kewujudan perjanjian bi-lateral ini adalah signifikan kepada 3 alasan:

Ø Peningkatan perjanjian bi-lateral dalam Asia Selatan menunjukkan yang negara tidak bergantung pada SAARC untuk mencapai objektif ekonomi mereka. SAARC dilihat tidak penting untuk masa depan juga tidak dihiraukan oleh negara- negara ahlinya.

Ø Fokus terhadap rundingan bi-lateral mengubah penumpuan lari dari matlamat rantau kepada individual. Di masa depan, negara akan mengikut perjanjian bi-lateral apabila hendak berunding dengan hanya 1 negara sebagai ganti urusan multilateral, yang mana memerlukan mereka untuk berunding dengan 7buah negara dan kata sepakat sukar diwujudkan. Negara juga akan kekurangan insentif untuk meningkatkan kepentingan ekonomi melalui SAARC.

Ø Pertumbuhan dalam perjanjian perdagangan bi-lateral antara negara Asia Selatan menekankan pada keutamaan negara untuk mementingkan kepentingan sendiri pada rangka yang seharusnya untuk kerjasama ekonomi serantau.[13]

Isu ekonomi dan perjanjian perdagangan

Sepanjang tahun, ahli- ahli SAARC menunjukkan mereka tidak berminat untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas. Walhal India sudah lama mengamalkan sistem ini. India cuba memperbaiki hubungan dengan seluruh negara Asia Selatan di bawah penubuhan Doktin Gujral oleh perdana menteri India pada masa itu I.K Gujral, India menandatangani perjanjian 30tahun perkongsian air dan perjanjian perhubungan dengan Nepal. India juga turut menyertai kumpula sub regional dalam lingkungan SAARC tertiri daripada Bangladesh, Bhutan dan Nepal. Biarpun isu politik menjadi rintangan untuk perdagangan, jumlah barangan yang diseludup daripada India ke Pakistan melalui pihak ketiga, jumlah keseluruhan adalah 250-500 milion setahun. Jika perdagangan antara dua negara ini dibuat secara terbuka, kedua- dua pihak akan memperoleh untung dimana Pakistan akan menerima cukai import yang murah untuk kurangkan kos pengangkutan dan terkecuali dari membayar perkhidmatan orang tengah. Jika kedua- dua negara bergabung, ia akan membentuk satu pakatan kuasa yang kuat dalam SAARC yang boleh mengubah kerjasama ekonomi dan membuatkan negara ahli yang lain mengikut mereka. Tidak mustahil suatu masa nanti konflik India-Pakistan di Kashmir berakhir.

Apa yang dapat kita lihat, konflik yang terjadi adalah disebabkan keinginan mereak untuk berdagang sesama mereka adalah terhad kerana kurangnya galakan perdagangan antara negara ahli, perselisihan faham antara India dan jirannya tidak dapat dihadkan. The South Asian Preferential Trading Agreement(SAPTA) yang ditandatangani pada disember 1995 telah menyeru ahli SAARC untuk menurunkan tariff dalam beberapa sektor ekonomi untuk promosikan intra regional trade. Namun selepas pelaksanaan SAPTA, hanya 3% perdagangan yang dijalankan bersama oleh negara dalam rantau asia selatan. 6tahun selepas itu, hanya 4% dari jumlah perdagangan dunia dan perdagangan pakistan 3% berbanding negara ahli yang lain yang secara relatifnya kecil. Kebanyakan perdagangan yang dijalankan dalam rantau ini hanya simbolik dan selalunya `doesn’t involve good vital to the economies of the south asian state.’ Selain itu sesetengah negara masih meletakkan tariff yang tinggi dan halangan bukan tarif terhadap perdagangan. Pendekatan free trade tidak wujud dalam SAARC. Walau bagaimanapun SAArc cuba atasi masalah ini.

SAARC berharap dengan penubuhan South Asian Free Trade Area(SAFTA) 1 januari 2006 akan mengubah perdagangan dalam rantau tersebut. Bagaimanapun, perjanjian untuk menubuhkan zon kawasan bebas pedagangan mengambil masa 10tahun untuk sepenuhnnya bebas tariff.[14]

Kesimpulan

Secara umumnya SAARC adalah sebuah pertubuhan kerjasama serantau yang berusaha sedaya-upaya untuk mencapai suasana aman bagi mewujudkan satu keadaan kestabilan di peringkat rantau. Selain itu SAARC juga dilihat mengamalkan dasar berkecuali dan ahli-ahlinya terlibat aktif dalam Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). SAARC juga wujud atas dasar timbul kesedaran dikalangan negara-negara ahli tentang keperluan untuk menjalinkan satu hubungan baik diantara negara-negara dalam rantau yang sama. Galakkan untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang, tidak hanya tertumpu kepada kerjasama ekonomi sahaja telah berjaya mengukuhkan SAARC sebagai sebuah pertubuhan regionalisme yang mengejar kejayaan. Namun begitu dapat kita lihat kerjasama SAARC dilihat tidak berjaya kerana masalah- masalah yang wujud dalam rantau tersebut seperti perang saudara, pemberontakan dan pergolakan telah membantutkan proses menjalankan kerjasama. Dapat dilihat, kerjasama dalam rantau Asia Selatan hanya dalam peratus yang sedikit berbanding kerjasama negara- negara SAARC di peringkat antarabangsa. Walaupun wujud kerjasama serantau, namun kerjasama itu lebih berbentuk kerjasama bi-lateral di mana urusan perjanjian dilakukan antara 2 pihak atau 2 negara bukan dengan kesemua ahli SAARC serentak.

Namun baru- baru ini, pada 3 ogos 2008, para pemimpin Asia Selatan memulakan sidang kemuncak mereka di Sri Lanka dengan tumpuan kepada isu perdagangan, keganasan dan kemiskinan tetapi ketegangan antara India dengan Pakistan dijangka membayangi rundingan. SAARC yang dibentuk 23 tahun lalu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi tetapi agenda ini terbantut disebabkan permusuhan lama di kalangan negara anggota dan diharapkan persidangan ini akan mewujudkan satu dimensi baru pada SAARC.



[1] http://saarc-sec.org/main.php?id=76

[2] http://saarc-sec.org/main.php?id=10&t=3.2

[3] Ibid[2]

[4] Utusan malaysia online

[5] http://timesofindia.indiatimes.com/articleshow/1293872.cms

[6] http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/4900498.stm

[7] http://hindustantimes.com/news/181_1686410,00050003.htm

[8] http://english.people.com.cn/200703/04/eng20070304_354098.html

[9] http://www.saarc-sec.org/

[10] Ibid[8]

[11] SAARC:Ineffective in Promoting Economic Cooperation in South Asia

[12] Ibid[10]

[13] Ibid[11]

[14] Ibid[10]

No comments: