Wednesday, March 4, 2009

undang- undang antarabangsa

Soalan bermasalah:

Muria adalah sebuah negara yang kebelakangan ini mengalami konflik politik dalaman yang serius yang menyebabkan sebahagian dari wilayah- wilayahnya telah menuntut kemerdekaan dari Muria. Kumpulan- kumpulan di dalam tiga dari wilayahnya – Artex, Bisto dan Colon, telah mengisytiharkan kemerdekaan dan telah berjumpa dengan Kerajaan Yumbo dengan tujuan menjalinkan hubungan diplomatic dan membincangkan perjanjian perdagangan.

Artex pada waktu ini merupakan arena pertempuran di antara kumpulan ketenteraan Muria dan pasukan bersenjata Kumpulan Pembebasan Artex – kedua- duanya mendakwa sebagai kerajaan wilayah itu.

Bisto pula telah diberikan status autonomi oleh Muria dan ditadbir oleh satu badan bernama Majlis Kebangsaan Bisto. Bisto tidak mempunyai sumber- sumber aslinya sendiri, dan dilingkungi sepenuhnya oleh wilayah Muria dan majority rakyatnya bekerja di Muria.

Colon mempunyai beberapa kumpulan- kumpulan kecil penentang yang melancarkan serangan- serangan bom ke atas tentera Muria dan sasaran kerajaan. Kumpulan ini mendakwa bahawa Colon berhak ke atas penentuan sendiri kerana majoriti rakyatnya adalah dari golongan etnik dan kebudayaan/ agama yang berbeza dari Muria.

Anda diminta menasihati kerajaan Yumbo mengenai isu- isu dan persoalan- persoalan yang mungkin timbul di dalam memberi pengiktirafan kepada Artex, Bisto dan Colon.

Pengenalan

Apabila mahu membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf atau tidak sesuatu entity, negara- negara selalunya dipengaruhi oleh konsiderasi perletakan lebih dari konsiderasi undang- undang. Akan tetapi, tindakan negara- negara tersebut mempunyai kesan membina; melalui pengiktirafan, negara secara ekslusifnya menjadi subjek antarabangsa dan subjek undang- undang antarabangsa. Terdapat bersamanya masalah dalam proses mengiktiraf. Status pengiktirafan berbeza antara negara misalnya, negara A iktiraf tapi negara B tidak mengiktiraf atau mungkin juga penentuan sama ada subjek antarabangsa atau bukan yang pada masa yang sama menimbulkan kekeliruan status dalam undang- undang antarabangsa.[1]

Berdasarkan Montivideo convention, negara- negara adalah subjek atau person of international law, seharusnya memiliki ciri- ciri berikut:

1. penduduk yang tetap

2. wilayah yang jelas

3. kerajaan yang efektif

4. kebolehan/ kapasiti untuk terlibat dalam hubungan dengan negara lain[2]

Di bawah undang- undang antarabangsa, terdapat 2 teori yang berkaitan dengan isu pengiktirafan iaitu teori pembentukan (constitutive theory) dan teori pengisytiharaan ( declaration theory).

Mengikut teori pembentukan, sesebuah entiti tidak boleh dakwa adalah sebuah negara jika negara lain tidak mengiktirafnya tapi masalah mungkin timbul jika menggunakan teori ini kerana mungkin terdapat situasi yang mana negara A diiktiraf B tapi tidak diiktiraf C. Apa yang boleh dikatakan A adalah sebuah negara sekiranya ia berurusan dengan negara yang iktirafnya tapi apabila ia berurusan dengan negara yang tidak mengiktirafnya, A tidak berurusan sebagai sebuah negara tapi secara logiknya, negara yang tidak mengiktiraf A tidak akan berurusan dengannya.[3]

Kalau sesebuah entiti itu telah memenuhi criteria untuk menjadi negara atau kerajaan (berdasarkan criteria yang terkandung dalam montivideo convention), tapi entity itu masih tidak dapat menjadi negara atau kerajaan yang diiktiraf. Ini disebabkan ada negara yang menggunakan sentimen politik dalam memberi pengiktirafan.

Kalau mengikut apa yang telah dikatakan Lauterpatch, negara yang tidak diiktiraf boleh menjadi negara.[4] walaupun pengiktirafan punya kesan pembentukan. Akan tetapi beliau berpendapat untuk selesaikan masalah ini kena lihat:

1. amat penting untuk beri kenyataan atau pengisytiharaan yang jelas dalam membenarkan atau untuk melambangkan penerimaan status sesebuah negara atau kerajaan.

2. sebaik sahaja criteria undang- undang dan ciri- ciri bagi sesebuah negara dipenuhi, maka terbit tanggungjawab untuk mengiktiraf entiti tersebut.

Dalam teori pengisytiharaan pula menyatakan bahawa pengiktirafan tidak mempunyai kesan undang- undang. [5]Teori ini paling banyak diterima dan berhubung rapat dengan amalan- amalan antarabangsa. Kewujudan negara atau kerajaan adalah persoalan fakta:

1. kita harus lihat realiti sama ada sesuatu entiti itu memenuhi atau tidak kriteria yang diperlukan sama ada untuk menjadi sebuah negara atau kerajaan yang mana ia efektif dan stabil.

2. tindakan mengiktiraf entiti itu sebagai sebuah negara atau kerajaan adalah hanya sekadar pengakuan atau penerimaan akan fakta tersebut. Tindakan pengiktirafan tidak perlu untuk lengkapkan kriteria dan jika dilihat dalam montivideo convention, ia tidak meletakkan elemen pengiktirafan sebagai ciri ke-5.

Jika dilihat amalan negara, banyak negara memegang teori ini. Negara- negara yang tidak diiktiraf sebagai sebuah tapi jika semua kriteria yang diperlukan telah dipenuhi, kita perlu hormat kapasiti. Sepertimana kita ketahui, kadangkala terdapat negara yang menggunakan pengiktirafan sebagai alat politik.

Terdapat 2 jenis pengiktirafan iaitu de facto dan de jure.

De facto adalah pengiktirafan yang diberikan berdasarkan fakta dan bukannya berdasarkan hak atau undang- undang. Jika dilihat pada kenyataan Herbert Morrison, Perdana Mentari Britian pada tahun 1951, syarat- syarat di bawah undang- undang adalah sebagai regim baru untuk de facto sesebuah negara, regim itu berkuasa, punya kawalan efektif, mempercayai sebahagian besar wilayah negara itu dan kuasa adalah miliknya serta perlu dilihat juga berkemungkinan besar akan berterusan. Ini berkaitan dengan situasi sebenar yang dilihat terdapat pada negara yang hendak diiktiraf dan pengiktirafan de facto ini hanya membawa sedikit kesan pada status undang- undang entiti tersebut.

De jure, Herbert Morrison mensyaratkan untuk mengiktiraf regim di bawah de jure perlunya regim tersebut tidak hanya ada kuasa efektif meliputi sebahagian besar wilayah itu tapi juga regim tersebut secara fakta wujud sebagai kerajaan yang benar- benar teguh. Dari segi teori, sekiranya sesebuah regim mengambil alih sesebuah wilayah melalui proses perlembagaan atau proses yang sah dan jelas di mana tidak ada pihak yang berkonflik dan mendakwa sebagai kerajaan, ia akan terus diberi pengiktirafan de jure. Masalah timbul sekiranya kerajaan dapat kuasa tidak mengikut perlembagaan iaitu apabila berlaku kudeta atau perang saudara.[6]

Penyelesaian kes

Pengiktirafan negara

Artex

Sekiranya dilihat dari aspek kenegaraan, Artex dilihat mempunyai penduduk yang tetap dan wilayah yang jelas namun kerajaannya dilihat tidak stabil dan efektif.

Mengikut teori pengisytiharaan, Artex tidak dilihat wujud sebagai sebuah negara. Ini kerana apabila lihat realitinya, Artex tidak memenuhi kriteria utama yang diperlukan untuk menjadi sebuah negara iaitu kerajaan di Artex yang mana ia dilihat tidak efektif dan stabil. Kerajaan yang efektif dan stabil adalah kriteria yang amat penting dalam isu pengiktirafan.

Artex pada waktu ini merupakan arena pertempuran di antara kumpulan ketenteraan Muria dan pasukan bersenjata Kumpulan Pembebasan Artex – kedua- duanya mendakwa sebagai kerajaan wilayah itu.

Berdasarkan teori pembentukan, walaupun Artex tidak bertindak sebagai sebuah negara, akan tetapi sekiranya Colon dan Bisto mengiktiraf Artex, maka Artex boleh menjadi negara.

Yumbo dinasihatkan supaya tidak membuat apa- apa pengiktirafan lagi kerana Artex masih lagi bergolak malah keadaan masih terlalu awal untuk dibuat conclude. Sebelum membuat pengiktirafan, Yumbo perlu melihat fakta yang sahih.

Bisto

Dilihat mempunyai penduduk yang tetap. Walaupun rakyatnya bekerja di Muria namun mereka masih menetap di Bisto. Bisto dilihat mempunyai wilayah yang jelas. Kerajaan di Bisto perlu dilihat sama ada ia efektif dan stabil. Majlis Kebangsaan Bisto dilihat tidak begitu nyata maka, ia perlu dikaji, sekiranya majlis tersebut terima arahan terus dari Muria, ia dikatakan sebagai kerajaan boneka.[7] Namun sekiranya tidak, ia boleh dikatakan sebagai sebuah kerajaan yang efektif.

Selain itu, di Bisto kawalan yang efektif dan stabil yang dijalankan oleh Majlis Kebangsaan Bisto itu. Sekiranya terbukti wujud, maka ia boleh diiktiraf.

Bisto dilihat sebagai sebuah wilayah yang tidak mempunyai sumber asli sendiri dan rakyatnya terpaksa bekerja di Muria. Namun, hal ini tidak mewujudkan permasalahan untuk mengiktiraf Bisto sebagai sebuah negara kerana bisto boleh dikatakan wujud sebagai sebuah mini state. Apa yang perlu dipastikan adalah, Bisto tidak bergantung kepada Muria dari segi hal ehwal pentadbiran kerajaan.

Fakta mengenai majoriti rakyat Bisto bekerja di Muria juga tidak menjadi masalah. Ini kerana, sepertimana yang diketahui, pada awal pembentukan negara, pergantungan terhadap negara luar diterima sebagai satu permulaan untuk membangunkan negara. Apa yang penting di sini, perlunya wujud peningkatan prestasi negara tersebut untuk membangunkan dan makin maju.[8]

Sebelum Yumbo memberi pengiktirafan, Yumbo perlu kaji arah tuju Bisto dan lihat sama ada wujudnya prospek untuk membangunkan Bisto dengan menggunakan pendekatan dan kaedah sendiri.

Colon

Dilihat mempunyai penduduk yang tetap dan wilayah yang jelas. Apa yang menjadi persoalan adakah kerajaan Colon adalah efektif? Dalam kes ini, ia bergantung pada kerajaan entiti, iaitu beberapa kumpulan- kumpulan kecil penentang ia adalah terpisah mahupun ia bersatu semasa menuntut pengiktirafan. Sekiranya mereka bertindak untuk kepantingan masing- masing, Yumbo tidak boleh memberi pengiktirafan kepada Colon kerana tuntutan untuk diiktiraf hanya boleh di buat oleh golongan masyarakat majoriti, dan walaupun mereka mendakwa berhak menentukan sendiri kerana majoriti rakyat adalah dari golongan etnik/ agama yang berbeza dari Muria.[9] Sekiranya beberapa kumpulan- kumpulan kecil penentang itu adalah bersatu, maka pengiktirafan boleh diberikan. Tapi tidak boleh dengan mudah mengatakan sesebuah entiti itu sudah memenuhi kriteria sebagai negara. Kebanyakan negara tidak akan memberi pengiktirafan formal pada kerajaan baru. Mereka akan menunggu dan lihat tindakan negara dunia yang lain terhadap Artex, Bisto dan Colon. Selepas itu, mereka akan membuat keputusan sama ada mengikut keputusan negara lain atau pun tidak.

Pengiktirafan kerajaan

Ia berperanan untuk iktiraf wakil sah sesebuah negara.

Artex

Pengiktirafan perlu diberikan sama ada kepada kumpulan ketenteraan Muria ataupun kepada pasukan bersenjata Kumpulan Pembebasan Artex. Di sini kita perlu lihat mana satukah kerajaan yang dilihat mempunyai kawalan efektif? Yang manakah yang boleh kita kategorikan sebagai kerajaan de facto dan de jure?

Apa yang dapat dilihat dalam kes ini, Kumpulan Pembebasan Artex mempunyai kawalan efektif meliputi sebahagian besar kawasan dan dilihat berterusan. Oleh itu, Kumpulan Pembebasan Artex boleh diberikan status kerajaan de facto dan pada waktu ini, itu satu- satunya pengiktirafan yang boleh diberikan. Ini disebabkan keadaan Artex yang tidak diketahui selama mana ia akan berkonflik. Jelasnya, tidak ada pihak yang boleh dikatakan secara tetap sebagai kerajaan de jure pada masa itu. Selalunya dalam situasi sebegini, sekiranya Yumbo mahu, ia perlu memberi pengiktirafan de jure kepada Muria.

Bisto

Ia merujuk kepada kerajaannya. Sepertimana yang telah dijelaskan, di Bisto perlunya wujud sebuah kerajaan dengan kawalan yang efektif dan stabil, ini merujuk kepada pentabiran yang dijalankan oleh Majlis Kebangsaan Bisto itu. Sekiranya terbukti wujud, maka ia boleh diiktiraf. Bisto dilihat sebagai sebuah wilayah yang tidak mempunyai sumber asli sendiri dan rakyatnya terpaksa bekerja di Muria. Apa yang perlu dipastikan adalah, Bisto tidak bergantung kepada Muria dari segi hal ehwal pentadbiran kerajaan. Selain itu, pentingnya untuk memastikan bahawa Bisto semakin boleh berdikari dan menjamin kelangsungannya dengan usaha dan kaedah sendiri.[10]

Colon

Colon mempunyai beberapa kumpulan- kumpulan kecil penentang yang melancarkan serangan- serangan bom ke atas tentera Muria dan sasaran kerajaan. Situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan apa yang terjadi di Bisto, yang mana hanya penentangan antara dua kumpulan sahaja. Di sini, perlunya melihat sama ada kumpulan- kumpulan kecil penentang tersebut bertindak secara bersatu atau berpisah. Sekiranya ia adalah secara terpisah, adalah sukar untuk memberi pengiktirafan de facto terhadap mana- mana kumpulan. Ini kerana, adalah mustahil bagi satu- satu kumpulan kecil pemberontak tersebut untuk mewujudkan dan mempunyai kawalan efektif.

Dalam isu penentuan sendiri pula, hak ini hanya diberikan sekiranya penuntutan tersebut dilakukan oleh kumpulan majoriti dan persoalannya adakah penduduk wilayah ini mahukan penentuan sendiri? Walaupun rakyat mahukan, namun pengiktirafan tidak dapat diberikan kepada kerajaan yang dipilih kerana masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.[11]

Yumbo dinasihatkan supaya menunggu sehingga konflik wilayah ini reda dan sekiranya sudah jelas prospek kerjanya, barulah Yumbo boleh mengiktiraf kerajaan bagi Colon dan seterusnya memberi pengiktirafan kepada Colon sebagai sebuah negara yang merdeka.

Kesimpulan

Implikasi pengiktirafan terhadap wilayah Artex, Bisto dan Colon adalah, terbitnya tanggungjawab bagi ketiga- tiga wilayah tersebut yang mana wujudnya kekebalan atau imuniti pada wakil negara dan kerajaan itu dan entiti- entiti ini mempunyai tanggungjawab antarabangsa. Ia boleh menuntut kekebalan dan kedaulatan dari bidang kuasa sesebuah negara yang lain. Pengiktirafan terhadap Artex adalah melalui teori pembentukan, Bisto melalui kedua- dua teori iaitu teori pembentukan dan teori pengisytiharaan manakala Colon boleh diiktiraf sebagai negara menggunakan teori pembentukan. Jenis kerajaan ketiga- tiga entiti ini boleh ditentukan sama ada ia adalah kerajaan de facto mahupun de jure. Bagi Artex, kumpulan pembebasan Artex boleh dikatakan kerajaan de facto manakala muria boleh diberi status kerajaan de jure.Bagi Bisto, buat masa sekarang hanya boleh dikatakan sebuah kerajaan de facto tapi sekiranya ia menunjukkna potensi membangun, maka ia boleh dikatakan menjadi kerajaan de jure. Bagi Colon pula, sekiranya kumpulan- kumpulan kecil penentang itu bertindak secara bersatu, maka mereka boleh diberi status kerajaan de facto dan tiadanya kerajaan jenis de jure. Selepas Yumbo telah mengiktiraf ketiga- tiga entiti ini, maka ia secara sahnya menjadi negara baru. Di sini timbul tanggungjawab Yumbo terhadap negara- negara baru ini iaitu menjalinkan hubungan diplomatik dan hubungan- hubungan lain sama ada secara jelas mahupun bayangan.



[1] Harris D.J.(1998) Cases and Material on International Law. Page 144

[2] Ibid 102- 104

[3] Ibid page 144

[4] Ibid page 140-142

[5] Ibid page 145

[6] Ibid page 157

[7] Ibid page 109

[8] Ibid page 106

[9] Ibid page 114

[10] ibid 107

[11] Ibid page 113

No comments: