Wednesday, March 4, 2009

undang- undang antarabangsa

Soalan bermasalah:

Muria adalah sebuah negara yang kebelakangan ini mengalami konflik politik dalaman yang serius yang menyebabkan sebahagian dari wilayah- wilayahnya telah menuntut kemerdekaan dari Muria. Kumpulan- kumpulan di dalam tiga dari wilayahnya – Artex, Bisto dan Colon, telah mengisytiharkan kemerdekaan dan telah berjumpa dengan Kerajaan Yumbo dengan tujuan menjalinkan hubungan diplomatic dan membincangkan perjanjian perdagangan.

Artex pada waktu ini merupakan arena pertempuran di antara kumpulan ketenteraan Muria dan pasukan bersenjata Kumpulan Pembebasan Artex – kedua- duanya mendakwa sebagai kerajaan wilayah itu.

Bisto pula telah diberikan status autonomi oleh Muria dan ditadbir oleh satu badan bernama Majlis Kebangsaan Bisto. Bisto tidak mempunyai sumber- sumber aslinya sendiri, dan dilingkungi sepenuhnya oleh wilayah Muria dan majority rakyatnya bekerja di Muria.

Colon mempunyai beberapa kumpulan- kumpulan kecil penentang yang melancarkan serangan- serangan bom ke atas tentera Muria dan sasaran kerajaan. Kumpulan ini mendakwa bahawa Colon berhak ke atas penentuan sendiri kerana majoriti rakyatnya adalah dari golongan etnik dan kebudayaan/ agama yang berbeza dari Muria.

Anda diminta menasihati kerajaan Yumbo mengenai isu- isu dan persoalan- persoalan yang mungkin timbul di dalam memberi pengiktirafan kepada Artex, Bisto dan Colon.

Pengenalan

Apabila mahu membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf atau tidak sesuatu entity, negara- negara selalunya dipengaruhi oleh konsiderasi perletakan lebih dari konsiderasi undang- undang. Akan tetapi, tindakan negara- negara tersebut mempunyai kesan membina; melalui pengiktirafan, negara secara ekslusifnya menjadi subjek antarabangsa dan subjek undang- undang antarabangsa. Terdapat bersamanya masalah dalam proses mengiktiraf. Status pengiktirafan berbeza antara negara misalnya, negara A iktiraf tapi negara B tidak mengiktiraf atau mungkin juga penentuan sama ada subjek antarabangsa atau bukan yang pada masa yang sama menimbulkan kekeliruan status dalam undang- undang antarabangsa.[1]

Berdasarkan Montivideo convention, negara- negara adalah subjek atau person of international law, seharusnya memiliki ciri- ciri berikut:

1. penduduk yang tetap

2. wilayah yang jelas

3. kerajaan yang efektif

4. kebolehan/ kapasiti untuk terlibat dalam hubungan dengan negara lain[2]

Di bawah undang- undang antarabangsa, terdapat 2 teori yang berkaitan dengan isu pengiktirafan iaitu teori pembentukan (constitutive theory) dan teori pengisytiharaan ( declaration theory).

Mengikut teori pembentukan, sesebuah entiti tidak boleh dakwa adalah sebuah negara jika negara lain tidak mengiktirafnya tapi masalah mungkin timbul jika menggunakan teori ini kerana mungkin terdapat situasi yang mana negara A diiktiraf B tapi tidak diiktiraf C. Apa yang boleh dikatakan A adalah sebuah negara sekiranya ia berurusan dengan negara yang iktirafnya tapi apabila ia berurusan dengan negara yang tidak mengiktirafnya, A tidak berurusan sebagai sebuah negara tapi secara logiknya, negara yang tidak mengiktiraf A tidak akan berurusan dengannya.[3]

Kalau sesebuah entiti itu telah memenuhi criteria untuk menjadi negara atau kerajaan (berdasarkan criteria yang terkandung dalam montivideo convention), tapi entity itu masih tidak dapat menjadi negara atau kerajaan yang diiktiraf. Ini disebabkan ada negara yang menggunakan sentimen politik dalam memberi pengiktirafan.

Kalau mengikut apa yang telah dikatakan Lauterpatch, negara yang tidak diiktiraf boleh menjadi negara.[4] walaupun pengiktirafan punya kesan pembentukan. Akan tetapi beliau berpendapat untuk selesaikan masalah ini kena lihat:

1. amat penting untuk beri kenyataan atau pengisytiharaan yang jelas dalam membenarkan atau untuk melambangkan penerimaan status sesebuah negara atau kerajaan.

2. sebaik sahaja criteria undang- undang dan ciri- ciri bagi sesebuah negara dipenuhi, maka terbit tanggungjawab untuk mengiktiraf entiti tersebut.

Dalam teori pengisytiharaan pula menyatakan bahawa pengiktirafan tidak mempunyai kesan undang- undang. [5]Teori ini paling banyak diterima dan berhubung rapat dengan amalan- amalan antarabangsa. Kewujudan negara atau kerajaan adalah persoalan fakta:

1. kita harus lihat realiti sama ada sesuatu entiti itu memenuhi atau tidak kriteria yang diperlukan sama ada untuk menjadi sebuah negara atau kerajaan yang mana ia efektif dan stabil.

2. tindakan mengiktiraf entiti itu sebagai sebuah negara atau kerajaan adalah hanya sekadar pengakuan atau penerimaan akan fakta tersebut. Tindakan pengiktirafan tidak perlu untuk lengkapkan kriteria dan jika dilihat dalam montivideo convention, ia tidak meletakkan elemen pengiktirafan sebagai ciri ke-5.

Jika dilihat amalan negara, banyak negara memegang teori ini. Negara- negara yang tidak diiktiraf sebagai sebuah tapi jika semua kriteria yang diperlukan telah dipenuhi, kita perlu hormat kapasiti. Sepertimana kita ketahui, kadangkala terdapat negara yang menggunakan pengiktirafan sebagai alat politik.

Terdapat 2 jenis pengiktirafan iaitu de facto dan de jure.

De facto adalah pengiktirafan yang diberikan berdasarkan fakta dan bukannya berdasarkan hak atau undang- undang. Jika dilihat pada kenyataan Herbert Morrison, Perdana Mentari Britian pada tahun 1951, syarat- syarat di bawah undang- undang adalah sebagai regim baru untuk de facto sesebuah negara, regim itu berkuasa, punya kawalan efektif, mempercayai sebahagian besar wilayah negara itu dan kuasa adalah miliknya serta perlu dilihat juga berkemungkinan besar akan berterusan. Ini berkaitan dengan situasi sebenar yang dilihat terdapat pada negara yang hendak diiktiraf dan pengiktirafan de facto ini hanya membawa sedikit kesan pada status undang- undang entiti tersebut.

De jure, Herbert Morrison mensyaratkan untuk mengiktiraf regim di bawah de jure perlunya regim tersebut tidak hanya ada kuasa efektif meliputi sebahagian besar wilayah itu tapi juga regim tersebut secara fakta wujud sebagai kerajaan yang benar- benar teguh. Dari segi teori, sekiranya sesebuah regim mengambil alih sesebuah wilayah melalui proses perlembagaan atau proses yang sah dan jelas di mana tidak ada pihak yang berkonflik dan mendakwa sebagai kerajaan, ia akan terus diberi pengiktirafan de jure. Masalah timbul sekiranya kerajaan dapat kuasa tidak mengikut perlembagaan iaitu apabila berlaku kudeta atau perang saudara.[6]

Penyelesaian kes

Pengiktirafan negara

Artex

Sekiranya dilihat dari aspek kenegaraan, Artex dilihat mempunyai penduduk yang tetap dan wilayah yang jelas namun kerajaannya dilihat tidak stabil dan efektif.

Mengikut teori pengisytiharaan, Artex tidak dilihat wujud sebagai sebuah negara. Ini kerana apabila lihat realitinya, Artex tidak memenuhi kriteria utama yang diperlukan untuk menjadi sebuah negara iaitu kerajaan di Artex yang mana ia dilihat tidak efektif dan stabil. Kerajaan yang efektif dan stabil adalah kriteria yang amat penting dalam isu pengiktirafan.

Artex pada waktu ini merupakan arena pertempuran di antara kumpulan ketenteraan Muria dan pasukan bersenjata Kumpulan Pembebasan Artex – kedua- duanya mendakwa sebagai kerajaan wilayah itu.

Berdasarkan teori pembentukan, walaupun Artex tidak bertindak sebagai sebuah negara, akan tetapi sekiranya Colon dan Bisto mengiktiraf Artex, maka Artex boleh menjadi negara.

Yumbo dinasihatkan supaya tidak membuat apa- apa pengiktirafan lagi kerana Artex masih lagi bergolak malah keadaan masih terlalu awal untuk dibuat conclude. Sebelum membuat pengiktirafan, Yumbo perlu melihat fakta yang sahih.

Bisto

Dilihat mempunyai penduduk yang tetap. Walaupun rakyatnya bekerja di Muria namun mereka masih menetap di Bisto. Bisto dilihat mempunyai wilayah yang jelas. Kerajaan di Bisto perlu dilihat sama ada ia efektif dan stabil. Majlis Kebangsaan Bisto dilihat tidak begitu nyata maka, ia perlu dikaji, sekiranya majlis tersebut terima arahan terus dari Muria, ia dikatakan sebagai kerajaan boneka.[7] Namun sekiranya tidak, ia boleh dikatakan sebagai sebuah kerajaan yang efektif.

Selain itu, di Bisto kawalan yang efektif dan stabil yang dijalankan oleh Majlis Kebangsaan Bisto itu. Sekiranya terbukti wujud, maka ia boleh diiktiraf.

Bisto dilihat sebagai sebuah wilayah yang tidak mempunyai sumber asli sendiri dan rakyatnya terpaksa bekerja di Muria. Namun, hal ini tidak mewujudkan permasalahan untuk mengiktiraf Bisto sebagai sebuah negara kerana bisto boleh dikatakan wujud sebagai sebuah mini state. Apa yang perlu dipastikan adalah, Bisto tidak bergantung kepada Muria dari segi hal ehwal pentadbiran kerajaan.

Fakta mengenai majoriti rakyat Bisto bekerja di Muria juga tidak menjadi masalah. Ini kerana, sepertimana yang diketahui, pada awal pembentukan negara, pergantungan terhadap negara luar diterima sebagai satu permulaan untuk membangunkan negara. Apa yang penting di sini, perlunya wujud peningkatan prestasi negara tersebut untuk membangunkan dan makin maju.[8]

Sebelum Yumbo memberi pengiktirafan, Yumbo perlu kaji arah tuju Bisto dan lihat sama ada wujudnya prospek untuk membangunkan Bisto dengan menggunakan pendekatan dan kaedah sendiri.

Colon

Dilihat mempunyai penduduk yang tetap dan wilayah yang jelas. Apa yang menjadi persoalan adakah kerajaan Colon adalah efektif? Dalam kes ini, ia bergantung pada kerajaan entiti, iaitu beberapa kumpulan- kumpulan kecil penentang ia adalah terpisah mahupun ia bersatu semasa menuntut pengiktirafan. Sekiranya mereka bertindak untuk kepantingan masing- masing, Yumbo tidak boleh memberi pengiktirafan kepada Colon kerana tuntutan untuk diiktiraf hanya boleh di buat oleh golongan masyarakat majoriti, dan walaupun mereka mendakwa berhak menentukan sendiri kerana majoriti rakyat adalah dari golongan etnik/ agama yang berbeza dari Muria.[9] Sekiranya beberapa kumpulan- kumpulan kecil penentang itu adalah bersatu, maka pengiktirafan boleh diberikan. Tapi tidak boleh dengan mudah mengatakan sesebuah entiti itu sudah memenuhi kriteria sebagai negara. Kebanyakan negara tidak akan memberi pengiktirafan formal pada kerajaan baru. Mereka akan menunggu dan lihat tindakan negara dunia yang lain terhadap Artex, Bisto dan Colon. Selepas itu, mereka akan membuat keputusan sama ada mengikut keputusan negara lain atau pun tidak.

Pengiktirafan kerajaan

Ia berperanan untuk iktiraf wakil sah sesebuah negara.

Artex

Pengiktirafan perlu diberikan sama ada kepada kumpulan ketenteraan Muria ataupun kepada pasukan bersenjata Kumpulan Pembebasan Artex. Di sini kita perlu lihat mana satukah kerajaan yang dilihat mempunyai kawalan efektif? Yang manakah yang boleh kita kategorikan sebagai kerajaan de facto dan de jure?

Apa yang dapat dilihat dalam kes ini, Kumpulan Pembebasan Artex mempunyai kawalan efektif meliputi sebahagian besar kawasan dan dilihat berterusan. Oleh itu, Kumpulan Pembebasan Artex boleh diberikan status kerajaan de facto dan pada waktu ini, itu satu- satunya pengiktirafan yang boleh diberikan. Ini disebabkan keadaan Artex yang tidak diketahui selama mana ia akan berkonflik. Jelasnya, tidak ada pihak yang boleh dikatakan secara tetap sebagai kerajaan de jure pada masa itu. Selalunya dalam situasi sebegini, sekiranya Yumbo mahu, ia perlu memberi pengiktirafan de jure kepada Muria.

Bisto

Ia merujuk kepada kerajaannya. Sepertimana yang telah dijelaskan, di Bisto perlunya wujud sebuah kerajaan dengan kawalan yang efektif dan stabil, ini merujuk kepada pentabiran yang dijalankan oleh Majlis Kebangsaan Bisto itu. Sekiranya terbukti wujud, maka ia boleh diiktiraf. Bisto dilihat sebagai sebuah wilayah yang tidak mempunyai sumber asli sendiri dan rakyatnya terpaksa bekerja di Muria. Apa yang perlu dipastikan adalah, Bisto tidak bergantung kepada Muria dari segi hal ehwal pentadbiran kerajaan. Selain itu, pentingnya untuk memastikan bahawa Bisto semakin boleh berdikari dan menjamin kelangsungannya dengan usaha dan kaedah sendiri.[10]

Colon

Colon mempunyai beberapa kumpulan- kumpulan kecil penentang yang melancarkan serangan- serangan bom ke atas tentera Muria dan sasaran kerajaan. Situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan apa yang terjadi di Bisto, yang mana hanya penentangan antara dua kumpulan sahaja. Di sini, perlunya melihat sama ada kumpulan- kumpulan kecil penentang tersebut bertindak secara bersatu atau berpisah. Sekiranya ia adalah secara terpisah, adalah sukar untuk memberi pengiktirafan de facto terhadap mana- mana kumpulan. Ini kerana, adalah mustahil bagi satu- satu kumpulan kecil pemberontak tersebut untuk mewujudkan dan mempunyai kawalan efektif.

Dalam isu penentuan sendiri pula, hak ini hanya diberikan sekiranya penuntutan tersebut dilakukan oleh kumpulan majoriti dan persoalannya adakah penduduk wilayah ini mahukan penentuan sendiri? Walaupun rakyat mahukan, namun pengiktirafan tidak dapat diberikan kepada kerajaan yang dipilih kerana masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.[11]

Yumbo dinasihatkan supaya menunggu sehingga konflik wilayah ini reda dan sekiranya sudah jelas prospek kerjanya, barulah Yumbo boleh mengiktiraf kerajaan bagi Colon dan seterusnya memberi pengiktirafan kepada Colon sebagai sebuah negara yang merdeka.

Kesimpulan

Implikasi pengiktirafan terhadap wilayah Artex, Bisto dan Colon adalah, terbitnya tanggungjawab bagi ketiga- tiga wilayah tersebut yang mana wujudnya kekebalan atau imuniti pada wakil negara dan kerajaan itu dan entiti- entiti ini mempunyai tanggungjawab antarabangsa. Ia boleh menuntut kekebalan dan kedaulatan dari bidang kuasa sesebuah negara yang lain. Pengiktirafan terhadap Artex adalah melalui teori pembentukan, Bisto melalui kedua- dua teori iaitu teori pembentukan dan teori pengisytiharaan manakala Colon boleh diiktiraf sebagai negara menggunakan teori pembentukan. Jenis kerajaan ketiga- tiga entiti ini boleh ditentukan sama ada ia adalah kerajaan de facto mahupun de jure. Bagi Artex, kumpulan pembebasan Artex boleh dikatakan kerajaan de facto manakala muria boleh diberi status kerajaan de jure.Bagi Bisto, buat masa sekarang hanya boleh dikatakan sebuah kerajaan de facto tapi sekiranya ia menunjukkna potensi membangun, maka ia boleh dikatakan menjadi kerajaan de jure. Bagi Colon pula, sekiranya kumpulan- kumpulan kecil penentang itu bertindak secara bersatu, maka mereka boleh diberi status kerajaan de facto dan tiadanya kerajaan jenis de jure. Selepas Yumbo telah mengiktiraf ketiga- tiga entiti ini, maka ia secara sahnya menjadi negara baru. Di sini timbul tanggungjawab Yumbo terhadap negara- negara baru ini iaitu menjalinkan hubungan diplomatik dan hubungan- hubungan lain sama ada secara jelas mahupun bayangan.



[1] Harris D.J.(1998) Cases and Material on International Law. Page 144

[2] Ibid 102- 104

[3] Ibid page 144

[4] Ibid page 140-142

[5] Ibid page 145

[6] Ibid page 157

[7] Ibid page 109

[8] Ibid page 106

[9] Ibid page 114

[10] ibid 107

[11] Ibid page 113

URBANISASI adalah proses kepada perubahan dari pelbagai aspek.

Bahagian I: Pengenalan

Dalam era globalisasi kini, masyarakat dunia berhadapan dengan pelbagai perubahan dalam kehidupan mereka. Salah satunya ialah proses ‘urbanisasi’ atau perbandaran. Pembandaran lazimnya ditakrifkan sebagai suatu proses perubahan sama ada penduduk, petempatan, cara hidup, pekerjaan dan kegiatan ekonomi, pemikiran manusia dan segalanya ke arah bandar. Kingsley Davis(1972), seorang pakar dalam kajian penduduk, mentakrifkan urbanisasi sebagai proses penumpuan penduduk mendiami kawasan yang boleh dianggap bandar bagi sesebuah daerah, negara atau unit- unit kawasan yang lain. Ambe (2003), fenomena ini semakin pesat berlaku khususnya di rantau Asia. Urbanisasi adakalanya ditakrifkan sebagai satu proses perubahan masyarakat daripada bercorak desa yang biasanya tidak formal ke corak bandar yang lazimnya lebih formal. Walau bagaimanapun, pengkaji bandar di negara- negara membangun seperti Mc Gee(1971) dan Breese(1969) berpendapat bahawa perbezaan tidak wujud dengan jelas di negara- negara dunia ketiga. Menurut laporan United Nations (1996), negara membangun akan menjadi kawasan tumpuan pembangunan dan penduduk menjelang tahun 2015. Menurut Davis (1969), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan indikator peningkatan penumpuan penduduk di kawasan bandar sebagai kayu ukur kepada kepesatan urbanisasi. Perbandaran seringkali dianggap sebagai petunjuk modenisasi, peningkatan taraf hidup serta kemajuan sama ada di negara membangun atau negara maju, kerana perbandaran merupakan prasyarat untuk pemodenan dan perkembangan. Oleh itu, perbandaran merupakan satu elemen penting terhadap kemajuan sesebuah negara. Dalam kepesatan perbandaran, pelbagai perubahan akan berlaku iaitu meliputi aspek seperti ekonomi, demografi, politik, budaya, teknologi, sosial dan faktor persekitaran semulajadi yang mana perubahan- perubahan ini merupakan petunjuk kepada kepesatan perbandaran. Namun demikian, seiring dengan kepesatan, perkembangan, kemajuan serta pembangunan infrastruktur, manusia boleh mencetuskan pelbagai fenomena sosial. Knox (1994), menjelaskan bahawa setiap perubahan yang berlaku dalam bandar adalah saling berhubung kait kesan daripada proses perbandaran. Justeru itu, perlulah diberi penumpuan terhadap sejauhmanakah kepesatan urbanisasi di negara membangun mempengaruhi peningkatan permasalahan sosial bandar kesan daripada peningkatan penduduk bandar.

Bahagian II: Penjelasan

Sungguhpun penduduk di bandar tinggal berhampiran antara satu sama lain di tempat yang terdapat kesesakan penduduk dalam satu kawasan kecil, tetapi perhubungan mereka sangatlah jauh, tidak seperti keadaan di luar bandar. Walaupun mereka tinggal berjauhan tetapi perhubungan mereka begitu rapat. Keadaan seperti ini menimbulkan beberapa kesan sosial yang membezakan keadaan masyarakat di bandar dan luar bandar. Pelbagai masalah sosial wujud akibat daripada proses urbanisasi ini, antara masalah sosial tersebut ialah masalah jenayah. Permasalahan ini berlaku disebabkan penyerapan lebihan penduduk yang terlalu ramai di sesebuah bandar. Hal ini kerana, urbanisasi yang berlaku di sesebuah bandar menggalakkan berlakunya migrasi masuk dalam kawasan bandar. Proses ini menyebabkan peluang pekerjaan yang ada terhad untuk disesuaikan dengan kelayakan akademik dan kemahiran yang dimiliki oleh migran yang datang. Sebahagian sektor ekonomi di bandar adalah bersifat semi profesional dan profesional yang memerlukan kelulusan yang tinggi sedangkan migran yang masuk tidak mempunyai menilai kelayakkan tersebut. Kebanyakkan mereka bekerja dalam sektor informal sebagai buruh kasar dan juga di sektor-sektor perkilangan. Hal ini sekaligus telah mencetuskan masalah sara diri bagi migran-migran ini. Pendapatan kecil yang diperolehi tidak mencukupi untuk menampung kos hidup yang tinggi di bandar. Akibat dari desakan dan tekanan ekonomi ini maka, masalah persekitaran sosial bandar seperti peningkatan kadar jenayah, seperti merompak, peras ugut, pelacuran, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan sebagainya dildkukan oleh mereka demi untuk meneruskan kehidupan di bandar.

Selain itu, terdapat juga masalah lain yang timbul akibat daripada proses urbanisasi iaitu masalah perumahan. Masalah ini sememangnya kerap dialami oleh penduduk dikebanyakkan bandar-bandar besar, khususnya bandar-bandar di negara membangun terutamanya di Asia. Hal ini disebabkan oleh kegiatan ekonomi kebanyakkan penduduk bandar khususnya migran yang datang hanya dalam sektor informal , yang menyebabkan pendapatan yang diperolehi adalah kecil dan relatif dengan kos hidup yang tinggi di bandar. Pendapatan yang rendah dan nilai hartanah yang tinggi serta sewa rumah yang mahal telah menghalang mereka untuk memiliki rumah sendiri atau untuk menyewa rumah yang lebih selesa. Justeru itu, wujudnya kawasan penempatan-penempatan haram yang dikenali sebagai penempatan setinggan. Di Kuala Lumpur, kawasan setinggan yang wujud seperti seperti di kawasan Kampung Pantai Dalam, Kampung Datuk Keramat, Kampung Baru dan beberapa kawasan setinggan yang lain. Sehingga tahun 1980, sejumlah 25,000 pemohonan rumah murah masih menunggu giliran untuk mendapatkannya. Menurut laporan Suruhanjaya Ekonomi bagi Hal-Ehwal Asia dan Timur Jauh (ECAFE) dalam tahun 1970 di antara tahun 60%- 70%, penduduk bandar-bandar besar di Asia termasuk Kuala Lumpur, tidak mampu membeli rumah sendiri di pasaran terbuka tanpa bantuan daripada pihak kerajaan dan lebih kurang 40% daripadanya tidak berupaya untuk memiliki rumah sendiri walaupun daripada jenis dan harga yang termurah dalam pasaran ketika itu. Hal ini jelas menunjukkan masalah perumahan merupakan masalah yang sering terjadi di kawasan-kawasan bandar. Tambahan pula pada zaman sekarang nilai hartanah semakin tinggi.

Proses urbanisasi ini juga telah menyebabkan berlakunya masalah kemiskinan bandar serta peningkatan terhadap kadar pengangguran dalam kalangan penduduk bandar. Proses perbandaran yang pesat menyebabkan aliran migrasi penduduk terarah ke bandar berkenaan.Migrasi yang datang dari luar bandar ini memiliki kelulusan dan kemahiran yang rendah untuk diserap dalam sektor ekonomi moden. Oleh itu, penglibatan mereka dalam sektor informal membolehkan mereka memperoleh pendapatan kecil dan sukar untuk menampung kos hidup yang tinggi di bandar. Penduduk yang berpendapatan rendah di bandar terpaksa membelanjakan wang mereka untuk keperluan rumah tangga dan sewa rumah. Kesannya, kemiskinan bandar akan bertambah selain daripada pendapatan yang rendah kemiskinan juga berpunca daripada pengangguran yang wujud di sesebuah bandar. Migrasi yang berlaku sama ada migrasi dalaman atau migrasi antarabangsa merupakan penyumbang kepada masalah ini. Hal ini kerana, aliran migrasi yang terlalu ramai menyebabkan peluang pekerjaan yang wujud tidak sepadan dan tidak dapat menampung penawaran tenaga kerja yang ada. Persaingan pekerjaan antara pekerja tempatan dengan pekerja asing memburukan lagi masalah ini. Selain itu, peningkatan jumlah penduduk yang menganggur di bandar adalah disebabkan oleh kurangnya pekerjaan yang sesuai. Selain itu juga kekurangan pengalaman, tidak berpendidikan tinggi serta tidak mempunyai kemahiran yang cukup menyebabkan mereka sukar mendapatkan pekerjaan. Oleh sebab masih ramai yang tidak mempunyai kelayakkan, kemahiran dan pengalaman yang sesuai, maka keadaan ini menyukarkan pihak kerajaan untuk merancang dan menyediakan pekerjaan bagi membolehkan bantuan untuk meninggikan pendapatan dan taraf hidup mereka disalurkan.

Masalah sosial yang seterusnya ialah masalah untuk menyediakan

kemudahan-kemudahan asas. Sebahagian besar masalah perbandaran adalah berkaitan dengan penduduk, terutamanya yang berpendapatan rendah. Daripada segi sosial, pihak pemerintah terpaksa membelanjakan sebahagian besar peruntukan kewangan untuk menyediakan berbagai-bagai kemudahan asas seperti kesihatan, pelajaran, perhubungan dan sebagainya. Peruntukan yang besar bagi menyediakan kemudahan asas adalah satu beban yang boleh menimbulkan masalah kepada pihak kerajaan. Salah satu kemudahan asas yang penting ialah aspek kesihatan. Ia amat mustahak kerana sesebuah masyarakat tidak boleh maju tanpa kemudahan kesihatan yang baik. Di negara kurang maju, taraf kesihatan mereka masih mundur dan tidak memuaskan. Pertambahan penduduk yang pesat lebih menjejaskan usaha memperbaiki taraf kesihatan penduduk. Tiga faktor penting yang berkaitan dengan taraf kesihatan iaitu nisbah penduduk dengan bilangan doktor, kadar kematian bayi dan taraf pemakanan. Sebelum taraf kesihatan dapat dimajukan, taraf pemakanan mestilah ditinggikan terlebih dahulu. Secara ringkasnya, pertumbuhan penduduk menjadi faktor penghalang bagi mencapai kemajuan taraf kesihatan. Oleh itu , adalah penting untuk memperbaiki taraf kesihatan sebelum kadar kelahiran mula menurun. sekiranya kadar kesihatan bertambah baik dan penduduk menyedari akan kemajuan itu, mereka dengan sendiri mengambil langkah untuk menjarakkan kelahiran.

Dari aspek pelajaran pula, menunjukan bahawa sesebuah masyarakat boleh berdiri di kaki sendiri andainya mempunyai tenaga mahir dan terlatih. Adalah sukar untuk sesebuah negara untuk membangun jika ramai penduduknya buta huruf. Kerajaan Malaysia telah memperuntukan lebih kurang 21 peratus daripada belanjawan negara untuk pelajaran. Pembiayaan persekolahan menjadi bebanan kerajaan. Semakin banyak pelajar, semakin banyak wang mesti diperuntukan kepada pelajaran. Pelajaran adalah alat untuk memperbaiki diri dan memberi peluang kepada yang rajin dan berkebolehan untuk memajukan diri. Pertambahan penduduk yang pesat dan saiz keluarga yang besar menyebabkan banyak kes-kes keciciran dalam pelajaran. Semakin ramai penduduk yang tidak mendapatkan pelajaran, selagi itulah keadaan sosial masih belum mencapai keadalan yang wajar. Semakin ramai penduduk bandar, semakin banyak kemudahan pembelajaran yang perlu disediakan oleh kerajaan.

Pengangkutan dan perhubungan merupakan suatu kemudahan terpenting dalam bandar. Ekoran daripada proses urbanisasi yang berlaku dan pertambahan penduduk telah menyebabkan kemudahan pengangkutan awam sepeti bas, teksi dan kereta api tidak mencukupi dan tidak dapat memenuhi keperluan penduduk setempat. Hal ini telah menyebabkan penduduk lebih cenderung untuk menaiki kenderaan sendiri. Semakin ramai penduduk menaiki kenderaan sendiri telah menyebabkan lebih banyak kesesakan berlaku dan malah menyebabkan pencemaran udara dari asap kenderaan. Proses urbanisasi yang melibatkan pertambahan penduduk memerlukan kerajaan untuk mengembangkan dan menyediakan lebih banyak lagi kemudahan perhubungan seperti kemudahan awam(telefon, LRT, monorail), lebuh raya, dan sebagainya. Oleh yang demikian, kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang lebih banyak dan moden perlu disediakan di sesebuah kawasan bandar bagi menyeimbangi keperluan dan kehedak penduduk bandar, bersesuaian dengan proses perbandarn yang berlaku dan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk bandar serta bagi membolehkan penduduk mengalami kehidupan yang sempurna dan memudahkan mereka menerima pembangunan yang berlaku.

Selain kesan yang dinyatakan di atas, terdapat juga kesan yang lain iaitu, urbanisasi menyebabkan timbulnya masalah pencemaran di persekitaran fizikal. Dalam proses perbandaran pada zaman moden ini, masalah pencemaran telah menjadi isu yang hangat dibincangkan. Masalah ini tidak hanya timbul di kebanyakkan negara maju seperti Tokyo, London dan Chicago malahan turut berlaku di negara membangun termasuklah Malaysia. Masalah ini berpunca daripada pembakaran bahan-bahan tenaga seperti minyak, arang batu dan sampah-sarap yang telah sampai ke peringkat yang membahayakan. Peningkatan kandungan karbon dioksida dan CFC dalam udara boleh menyebabkan penipisan ozon yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Asap dan gas beracun yang di keluarkan dari kawasan perindustrian turut mencemarkan kualiti udara dan air di kawasan sekitarnya. Sememangnya proses urbanisasi telah menimbulkan banyak masalah pencemaran termasuklah juga pencemaran bunyi bising dan bau busuk akibat kekotoran dan gas di bandar. Kegiatan menukar kawasan pertanian kepada kawasan perumahan, bangunan, jalan raya berturap, dan kawasan industri dalam proses perbandaran turut mengancam keseimbangan ekologi di kawasan bandar. Tambahan juga, kawasan berturap tar dan konkrit telah mempercepatkan aliran air kerana air tidak dapat diserap oleh tanah dan terus disalurkan ke parit, sungai dan longkang yang mengakibatkan jumlah isi padu air melebihi keupayaan saliran dan sekiranya hujan lebat berlaku ianya boleh mengakibatkan banjir kilat di kawasan tanah rendah.

Bahagian III: Penyelesaian

Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan adalah jelas bahawa proses urbanisasi yang berlaku di sesebuah negara telah menimbulkan kesan sosial seperti masalah jenayah bandar, namun selain itu terdapat juga kesan sosial yang lain antaranya ialah masalah perumahan, masalah kemiskinan rakyat, masalah kekurangan kemudahan asas misalnya daripada aspek kesihatan, pelajaran dan pengangkutan dan perhubungan, dan juga masalah pencemaran persekitaran fizikal. Peningkatan jumlah penduduk di sesuatu kawasan juga dikatakan menjadi punca kepada permasalahan yang telah dinyatakan di atas. Oleh yang demikian, langkah yang segera sepeti penggubalan dasar dan polisi perlu di ambil bagi mengatasi permasalahan ini daripada terus berlanjutan. Penyelesaian secara menyeluruh boleh di buat melalui perancangan yang teliti bagi mengawal proses perbandaran yang berlaku untuk tempoh masa yang panjang misalnya dengan mengadakan pelan struktur dan pelan strategi yang lain seperti yang dilakukan oleh Malaysia sekarang bagi memudahkan perancangan komponen bandar untuk memajukan negara dan keselesaan rakyat.

postmodern

Pengenalan

Pemikiran postmodernism merupakan satu idealisme alaf baru yang muncul di barat dalam arus modenisasi. Aliran pemikiran ini bermula sekitar tahun 1930-an dengan kemunculan seorang pengarang Belanda yang bernama Federio De Onis dalam penulisannya Antologia De La Poesia Espanola A Hispanoamericana pada tahun 1934 (Featherstone, 1998:202). Para sarjana berpendapat bahawa aliran pemikiran ini muncul atau ditandai dengan zaman enlightenment di Eropah yang mana pada masa itu masyarakat Eropah mula sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dan pada masa itu juga wujudnya revolusi perindustrian yang menyebabkan pelbagai perubahan yang menjadi persoalan. Selepas itu, muncul pula beberapa pemikir- pemikir barat yang lain misalnya Jean Francois Lyotard, Micheal Foucault, Jacques Derida, Habermas dan Jean Baudrillard.[1] Pascamoden adalah satu aliran pemikiran yang agak mengelirukan namun, pengaruhnya meresap masuk dan mencabar pelbagai bidang ilmu misalnya pemikiran, kerohanian, keagamaan, pendidikan, kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan.

Apa itu fahaman dan pemikiran pascamoden? Menurut Kamus Dewan (1994:914), pasca bermaksud selepas, sesudah atau setelah. Moden pula bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara(kaedah) baru dan mutakhir. Menurut Jencks, C.H.(1995:478);

’Satu daripada anjakan utama ke arah dunia pascamoden ialah berlakunya perubahan dalam epistemologi, kefahaman terhadap pengetahuan itu berkembang dan dikaitkan dengan anggapan- anggapan lain’.[2]

Falsafah postmodern ini telah membentuk beberapa pendekatan untuk mengkritik pemikiran barat seperti green approach dan feminism. Istilah postmodernism turut digunakan dalam keadaan yang agak negatif untuk menerangkan perlakuan, kadangkala dalam sesuatu fahaman yang umum. Ia juga kadangkala digunakan untuk menjelaskan perubahan sosial yang berlaku yang mempunyai perkaitan dengan prinsip moral.

Aliran pemikiran postmodernism dalam pengajian teori Hubungan Antarabangsa

Kemunculan postmodern mula dirasai dalam ilmu sains sosial pada penghujung tahun 70-an(last 25 years) dan pertengahan 80-an(it reached international theory) namun kesannya dalam hubungan antarabangsa mula dikaji pada tahun 1990-an. It is probably as popular a theoretical approach as any discussed. Perkara yang paling sukar dalam pengkajian postmodern adalah dalam pemberian makna atau membuat pendefinisian tentang postmodern itu sendiri. This is in addition to the fact, of course that there are substaintial theoretical differences within its various strands. Salah satu definisi yang boleh digunakan adalah pendefinisian yang diberikan oleh Jean Francois Lyotard:

“simplifying to the extreme, I define postmodern as incredulity towards metanarrative”.[3]

Secara ringkasnya, maksud lainnya Jean Francois Lyotard menerangkan postmodern sebagai teori yang bersifat skepticism; ‘metanarrative’ bermaksud mana- mana teori yang mendesak atau menuntut sesuatu perlu ada asas pembentukan atau dasar alasan yang jelas untuk mewujudkan sesuatu knowledge claims dan perlunya penyertaan asas epistemology.[4]

Selain itu para sarjana postmodern berpendapat teori ini bimbang dengan deconstructing dan distrusting terhadap mana- mana pernyataan mengenai dakwaan yang dibuat terhadap apa yang terjadi dalam kehidupan manusia yang dianggap direct access to ‘the truth’. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Marxism, termasuk teori kritikal yang lain, Freudian psychoanalysis, dan hujah- hujah utama yang dikemukakan oleh feminism yang bersetuju dengan perspektif yang disangkal oleh golongan postmodern kerana mereka seharusnya tidak ada unsur menyembunyikan fakta yang sebenar tentang apa yang berlaku dalam dunia hari ini.

Tiga tema utama yang di ketengahkan dalam postmodern adalah; hubungan antara kuasa dan ilmu pengetahuan, performative nature of identity, dan various textual strategies used by postmodern thinkers. [5]

Power- knowledge

Tema ini diperkenalkan oleh Micheal Foucault. Menurut para sarjana postmodern, terdapat hubungan erat antara kuasa dengan pengetahuan. Bagi mereka, sesuatu idea itu boleh diterima atau akan diterima umum sebagai pengetahuan apabila ia disokong atau diutarakan oleh kuasa atau pihak yang berkuasa. Pada masa yang sama, pengetahuan diperlukan untuk menjamin kelangsungan kuasa. Ini bererti wujudnya hubungan saling bergantungan antara keduanya. Ringkasnya, idea memerlukan kuasa untuk diterima sebagai pengetahuan dan pengetahuan itu pula perlu untuk kelangsungan kuasa. Hubungan ini juga merupakan ‘a key concern’ kepada teori kritikal.

Foucault telah menentang pendapat dominan dalam rationalist theories dan positivism yang mengatakan bahawa knowledge is immune from the workings of power. Beliau bersetuju bahawa kuasa secara faktanya menghasilkan pengetahuan. Semua kuasa memerlukan pengetahuan dan semua pengetahuan memerlukan sokongan kuasa untuk menguatkan kedudukannya sebagai ilmu pengetahuan yang diterima semua. There is no such thing as ‘truth’ existing outside of power. Foucault mempersoalkan, how can history have a truth if truth has history? Kebenaran bukan sesuatu perkara yang terasing kepada pembentukan sosial akan tetapi ia wujud sebagai sebahagian daripada sejarah itu.

Post modernists look at what power relations are supported by ‘truth’ and knowledge practices. Teori postmodern antarabangsa menggunakan pengertian ini untuk menerangkan tentang ‘truth’ dalam teori hubungan antarabangsa malah untuk melihat bagaimana konsep ini dan knowledge claims yang mendominasi displin dalam faktanya adalah bergantung secara kebetulannya ke atas sesuatu hubungan kuasa. Tige contoh ke atas konsep kedaulatan dalam sejarah dan teori politik antarabangsa dikemukakan oleh Cynthia Weber (1995), Jens Bartelson (1995), dan Jenny Edkins (1999). Dalam setiap buku yang ditulis mereka, the concept of sovereignty is revealed to be both historically variable despite the attempts of mainstream scholars to imbue it artificially with a fixed meaning, and itself caught up in the practice of sovereignty by producing the discourse about it.

Bagaimana pengajian sejarah hubungan antarabangsa dalam menerangkan hubungan antara kuasa dan pengetahuan? Pendekatan yang dibuat Foucault dikenali sebagai geneology, yang mana ia untuk menukarkan apa yang telah kita percaya pada masa kini dan menukarkan ia menjadi satu persoalan. Selain itu juga beliau turut menyatakan bahawa segala pengetahuan sebenarnya tidak bersifat mutlak akan tetapi ia bergantung kepada orang yang berkuasa untuk mengesahkannya. Kesimpulannya, apa yang selama ini dianggap benar itu adalah bersifat relative bukannya berbentuk mutlak. Konsep yang sedia ada perlu dipertikaikan dan dipersoalkan kebenaran dan kesahihannya. Misalnya dalam aspek keselamatan, sarjana postmodern mengintepretasikan bahawa ancaman ditimbulkan oleh pihak yang berkuasa. Ini bagi memastikan kelangsungan politik mereka. Ancaman diwujudkan bagi mengukuhkan kedudukan dan penguasaan mereka. Selain itu, kita juga boleh melihat perang dingin yang pada sarjana postmodern mungkin keadaan itu tidak berlaku sama sekali dalam sejarah dunia. Soviet Union yang dikatakan sebagai ancaman mungkin adalah tidak benar dan dibentuk dalam pemikiran pemimpin dan disampaikan kepada masyarakat. Ia adalah salah satu strategi pemimpin untuk kekalkan kedudukan mereka. Di sini boleh dikatakan wujudnya unsur- unsur hyperreality atau tokok tambah cerita untuk menghalalkan dasar- dasar yang telah digubal oleh pemimpin.

Selain itu keadaan hyperreality atau tokok tambah cerita itu adalah cara untuk pemimpin menguji dasar yang dibuat mereka. Sepertimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat yang mempromosikan ‘war on terorrism’ untuk menghalalkan pencerobohan di negara- negara timur tengah yang dilakukan oleh tenteranya atas dasar keamanan sejagat misalnya di Iraq dan penahanan individu atas nama penjenayah perang sepertimana yang dilakukan terhadap Saddam Hussien. Ini merupakan ancaman yang sengaja diwujudkan selepas tamat perang dingin di mana Amerika Syarikat di bawah pimpinan Josh W. Bush, mewujudkan ancaman baru supaya beliau dapat meneruskan dasar- dasar Amerika Syarikat dan meletakkan pengkalan tentera merata dunia serta membuatkan ia seolah- olah berhak mempunyai senjata dan tentera yang banyak. Kini apa yang cuba AS ketengahkan kepada dunia adalah ancaman yang datang dari dunia Islam dan Confucianism.

Natural of Identity

Tema kedua adalah bagaimana postmodern melihat identiti sebagai bukan perkara tetap akan tetapi sebagai performative site. Satu cara untuk mendekatinya adalah dengan membuat perbandingan dengan bagaimana identiti difahami berdasarkan pada teori constructivism dalam hubungan antarabangsa.

David Campbell menerangkan pendekatan untuk identity melalui fahaman seorang constructivist iaitu Alexender Wendt:

‘identity is said to come in two basic forms, one of which is “those [deemed] intrinsic to an actor…”. As an instance of this, [wendt] claims that “being democratic… is an intrinsic feature of the US state relative ti the structure of the international system.” It is not difficult to appreciate that a position that regards certain identities as ‘intrinsic,’ and includes among the[m] highly contestable concepts such as “ democracy,” is reductionist in its representation of politic’(1998:279).[6]

Campbell turut mengkritik dalam bukunya ‘writing security’ mengenai dasar luar negara kuasa besar dengan adanya rekaan satu ancaman untuk menjustifikasikan sesuatu tindakan atau dasar luar yang digubal. Ini membuktikan bahawa negara dipengaruhi oleh golongan yang berkuasa. Walaupun para sarjana postmodern mengatakan negara adalah penting, namun mereka berpendapat adalah baik sekiranya manusia dapat mencari alternative lain bagi mengidentitikan diri masing- masing. Pada masa ini, negara masih merupakan mekanisme utama diperingkat antarabangsa untuk mengidentitikan individu. Para sarjana postmodern mencadangkan supaya identity individu dibuat dengan pengenalan menggunakan kumpulan- kumpulan berkepentingan, kumpulan agama, kumpulan gender dan sebagainya bagi mengurangkan kebergantungan kepada negara dan menjadikan satu pilihan selain negara.

Pendekatan kritikal mempunyai persamaan dengan postmodern di mana kedua- dua teori ini iaitu:

  1. tidak mempercayai kredibiliti negara sebagai satu- satunya sumber identity tapi tidak menyatakan negara tidak penting. Mereka tidak menafikan kewujudan negara tapi hanya mahukan alternative dalam pengelasan identity.
  2. perlunya alternative untuk pengenalan diri kerana identity yang dibuat kini masih menunjukkan kebergantungan terhadap negara misalnya ic dan passport.
  3. menggalakkan pertumbuhan INGO dan NGO.

Textual strategies

Asasnya dari apa yang dikatakan Jacques Derida (1976) mengenai cara untuk menerangkan tentang keadaan dunia melalui konteks textual. Bagi Derrida world is constituted like a text in the sense that interpreting the world reflects the concepts and structures of language. Derrida mempunyai dua cara untuk mendedahkan pertukaran textual iaitu melalui deconstruction dan double- reading.

Deconstruction is based on the idea that seemingly stable and natural concepts and relations within language are in fact artificial constructs. Mereka mengubah hierarki dalam makna yang berbeza di mana satu tema adalah sentiasa ‘privileged’ antara yang lain. Deconstruction adalah cara untuk menunjukkan bagaimana semua teori dan perbincangan bergantung kepada artificial stabilities yang dihasilkan melalui sesuatu yang kelihatan objektif dan semulajadinya berbeza (seperti public/private, good/bad, male/female, civilized/ barbarics, right/wrong).[7]

Double- reading adalah cara Derrida menunjukkan kestabilan operasi melalui dua penafsiran bagi satu teks atau keadaan atau pengetahuan. Penafsiran yang pertama menunjukkan a repetition of the dominant reading to show how it achieves its coherence. The second point to the internal tentions within a text that result from the use of seemingly natural stabilizations. Matlamatnya bukanlah untuk mencari mana yang betul atau memperbetulkan text yang sedia ada tapi ia untuk menunjukkan bahawa terdapat lebih dari satu makna bagi sesuatu keadaan atau peristiwa.

Dalam teori antarabangsa, Richard Ashley (1988) menyatakan perlunya double- reading terhadap makna awal konsep anarki yang telah mewujudkan persoalan terhadap anarki dalam penulisan IR tradisional. Beliau memulakan penafsiran semula untuk menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan secara semulajadinya akan konsep anarki dan konsep kedaulatan. Ashley hanya menunjukkan bagaimana arbitrary (pandangan sendiri) adalah benar terhadap andaian yang terdahulu tentang konsep anarki dan kelogikan tindakan negara. Hal ini sama sepertimana Rob Walker (1993) lihat terhadap tradisi pembentukan Realism dan menunjukkan bagaimana ia hanya benar melalui pengabaian sebahagian besar pandangan atau pendapat yang rumit dalam pemikiran sarjana lama seperti Machiavelli dan Hobbes.

James Der Derian mencadangkan perlunya revolusi dalam bidang teknologi dan informasi yang dapat memberikan media keberanian menyampaikan keadaan sebenar politik dunia yang selama ini telah dilindungi realitinya dari pengetahuan umum. Dan sebagai contoh terakhir, Jenny Edkind menggunakan fahaman postmodern untuk melihat kepada masalah kebuluran dan penyaluran bantuan, dan juga pengalaman penuh trauma bermula dari zaman perang dunia sehingga tragedy 11 september (shape and re- shape politics).[8]

Ciri- ciri postmodernism

1. Hyperreality

Ciri- ciri kehidupan pascamoden ialah pengaruh media yang membentuk imej yang melampaui realiti. Khalayak pula menerima itu sebagai realiti. Khalayak keliru antara realiti dan hyper reality.[9] Misalnya, idea modernism apa yang kita ketahui adalah satu tahap di mana kehidupan manusia semakin maju dan berasaskan sains dan teknologi. Namun terdapat makna lain terhadap modernisme ini iaitu ia dikatakan satu tahap di mana seluruh dunia mula menuju ke arah pembaratan dan kebudayaan asal sesebuah negara dan rantau mula terhakis. Kedaulatan negara juga mula semakin terhakis dengan munculnya zaman moden ini.

2. Deconstruction dan double- reading (Idea pelbagai makna)

Pascamoden turut memperkenalkan idea dan sikap baru dalam mengukur kaedah penilaian.[10] Idea ini dipopularkan oleh Micheal Foucault(1972:91). Deconstruction adalah satu idea yang menyongsangkan pemikiran terhadap sesuatu idea yang sedia ada. Idea ini telah membuatkan para pemikir supaya memikirkan alternatif terhadap idea yang sedia ada(double reading). Jacques Derida menyatakan bahawa deconstruction bukanlah untuk meruntuhkan konsep yang telah sedia ada tapi apa yang perlu dilakukan adalah harus dipertikaikan konsep tersebut, sejauhmana kebenarannya.

3. Emansipation-pembebasan terhadap pengaruh kuasa

Pembebasan minda atau pemikiran. Ia sepertimana yang telah dinyatakan oleh Jurgen Habermas iaitu mengenai pengaruh media yang pada hari ini amat meluas untuk mempengaruhi minda masyarakat. Beliau menggalakkan wujudnya badan bukan kerajaan, masyarakat madani atau sivil society yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan tidak mudah terpedaya dengan pengaruh dari golongan kapitalis atau golongan berkuasa.[11]

4. Pengidentitian alternatif (pengenalan)

Negara adalah penting tapi dalam masa yang sama, manusia harus cari alternatif lain bagi identiti masing- masing.[12] Arnold Toynbee dalam ringkasan karyanya, A Study of History (1947). Beliau mendefinisikan pascamoden sebagai peralihan politik daripada pola pemikiran negara nasional ke interaksi global.[13]

Kesan kemunculan postmodern

Positif

Richard Falk menemui persoalan pascapemodenan ini secara berhadapan. Melihat pascapemodenan dalam suasana positif, Falk menulis,

“Beyond the modern, a politics is emerging with a new dimensionality: nonviolent, militant, feminized, transnational, grassroots, informal, and often inspired by premodernist wisdom and insight. In an industrialized democracy with a functioning constitution, this emergent postmodern politics does not entrust the future to traditional forms of indirect participation: traditional parties, electoral campaigns, congressional lobbying, representative institutions, enlightened presidential leadership. The emphasis is either upon a radical reorientation of traditional vehicles (for example, the Green Party) or upon an "antipolitics" (involving extranormal forms of collective expression). (1992, m.s. 20)”.[14]

Falk merujuk pergerakan sosial baru sebagai bukti adanya "ura pascapemodenan" dalam politik. Selain ketiadaan keganasan dalam kebanyakan pergerakan ini, nilai hierarki dan patriakal diketepikan, serta terdapatnya penolakan liberalisme dan Marxisme, penafian hakikat keagungan sekularisme dalam negara bangsa, pelaksanaan proses kehakiman tanpa batasan kedaulatan, ketidakpercayaan umum terhadap propaganda negara bangsa dan sebagainya. Bahawasanya inilah rumpun pemikiran pascapemodenan menuju ke arah kritikan sosial yang mendalam dan radikal terhadap aliran antroposentrik pemodenan yang telah membawa bersama senjata holocaustal (kemusnahan yang teruk terutamanya manusia) dan pemusnahan alam sekitar dengan kemungkinan "tamatnya lingkungan semula jadi" melalui proses berterusan daripada pencemaran hinggalah kepada kesan rumah kaca dan kehakisan lapisan ozon.

Pascamodenisme merupakan aliran mengkritik modenisme sehingga mendatangkan pelbagai kecelaruan minda. Hasilnya, wujud pemahaman-pemahaman baru yang disalahtafsirkan seperti relativisme, pluralisme, dan sebagainya. Tema -tema penting yang terdapat dalam aliran postmodernisme ini ialah kumpulan gerakan alam sekitar, kumpulan anti-globalisasi, kumpulan gerakan etnik iaitu gerakan-gerakan yang menuntut hak seperti golongan yang dipinggirkan akibat daripada kepentingan golongan majoriti yang mengabaikan kepentingan golongan minoriti dan juga kumpulan feminisme.[15]

Negatif

Namun wujud kekurangan atau limitasi terhadap pascamoden yang mana mereka dikatakan hanya mampu menimbulkan persoalan dan mewujudkan suasana yang mengelirukan namun tidak pula memberi sebarang penyelesaian yang wajar untuk menyelamatkan keadaan. Pemikiran ini dilihat terlalu abstrak dan teoritikal. Mereka dikatakan tidak membincangkan keadaan dunia yang sebenar. Mereka menimbulkan kekeliruan dengan semuanya dianggap relatif. Jadi timbul persoalan, apakah perkara yang mutlak? Dan dunia pada masa kini masih berhadapan dengan pelbagai konflik seperti pembunuhan yang tiada tindakan yang wajar dikenakan, kebuluran, kemiskinan, ketidak adilan gender atau kaum dan sebagainya.

Kesimpulan

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan, bolehlah kita simpulkan bahawa postmodern merupakan pemikiran yang mempunyai persamaan dengan constructivism dan mencedok sedikit idea dari critical approach. Ia adalah pemikiran yang berbeza dari teori- teori klasik yang terdahulu sebelumnya malah fokusnya juga adalah berbeza. Bagi golongan realism, negara adalah fokus perbicangan mereka, Marxism terhadap kelas masyarakat dan liberalism merujuk kepada pasaran. Postmodern lebih kepada memberi idea dan mengkritik. Lebih jelas lagi, ia menentukan asal a great role to the media and global public and also ideas of leaders.

Postmodernism mempunyai beberapa sumbangan penting terhadap metodologi hubungan antarabangsa. Postmodernism dilihat berkemampuan untuk menyedarkan kita bahawa pendapat sarjana terdahulu bukanlah satu- satunya idea yang boleh diterima dan ia sebenarnya merupakan hasil daripada tindakan mementingkan diri sendiri yang ada pada para sarjana bagi menjamin kelangsungan kuasa mereka. Para sarjana selalunya terlalu bergantung kepada teori mereka dan merasakan ia adalah benar. Keduanya adalah sikap ragu-ragu yang diwujudkan oleh sarjana postmodernism kepada idea yang telah sedia ada membuatkan manusia melihat sesuatu aspek atau ilmu pengetahuan itu dalam pelbagai dimensi. Ini merupakan kebaikan atau perkara positif yang dapat dilihat wujud pada pendekatan postmodernisme. Dari penerangan di atas dapat kita jelaskan bahawa pascamoden adalah aliran pemikiran yang asasnya, para sarjananya berpendapat bahawa pengetahuan berhubungkait dengan kuasa. Ia mempersoalkan konsep yang sedia ada yang pada pendapat mereka konsep tersebut adalah diwujudkan dan dipengaruhi oleh orang yang berkuasa bagi mempertahankan kedudukan serta memperluaskan pengaruh mereka.

Tapi bagi golongan pascamoden, mereka menegaskan bahawa konsep ‘real world’ tidak wujud. Apa yang pasti pascamoden telah banyak memberi kesan terhadap pelbagai displin ilmu termasuklah hubungan antarabangsa. Pemikiran ini telah mewujudkan ruangan pada para pemikir untuk mencari tafsiran semula pada idea yang telah sedia ada. Pascamoden bukanlah menandakan satu puncak kemajuan baru sesudah era moden melainkan sebaliknya iaitu diagnosa tentang keruntuhan yang wujud sesudah era itu. Aliran pemikiran pascamoden berkembang pada tahun 80an- 90an dan hingga kini disebabkan perkembangan teknologi perhubungan dan komunikasi.



[1]Aminuddin Ruskam al- Dawamy (2004). Pascamoden: Perbincangan isu sosial. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. (m/s 1)

[2] Ibid (m/s 5-6)

[3] John Baylis & Steve Smith (2006). The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations. New York: Oxford university press. (m/s 285)

[4] Jean-FrancoisLyotard(1979) The Postmodern Condition A Report on Knowledge retrieved October 25, 2008 from Marxist. Org website: http://www.marxists.org/reference/subject/philosophy/works/fr/lyotard.htm

[5] Ibid (m/s 285- 287)

[6] Ibid (m/s 286)

[7] John Baylis & Steve Smith (2006). The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations. New York: Oxford university press. (m/s 286)

[8] Ibid (m/s 287)

[9]Kramer E.M (1997). Modern/ Postmodern: Off the Beaten Path of Antimodernism London: Praeger.

[10] Rose M.A (1991). The post- modern & The post- industrial: A Critical Analysis. Australia: Cambridge University Press. (m/s 40)

[11] Idea yang terkandung dalam pendekatan kritikal yang digunakan dalam postmodern. Unsur persamaan bagi kedua- dua aliran pemikiran ini.

[12] Rose M.A (1991). The post- modern & The post- industrial: A Critical Analysis. Australia: Cambridge University Press. (m/s 150)

[13] (September 6, 2007). Catatan kecil untuk A. Retrieved July 29, 2008 from Arkib website: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_04.htm

[14] Johan Saravanamuttu Abdullah (1993). Order Baru Dunia-Di Ambang Pascapemodenan?. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

[15] Gary Alyesworth (2005) Postmodernism. Retrieved September 20, 2008 from Standford Encyclopedia of Philosophy website: http://plato.stanford.edu/entries/postmodernism